View: 181|Reply: 0
|
Al Nassr sasar Zidane, Mourinho ganti Garcia
[Copy link]
|
|
MOURINHO (kiri) dan Zidane menjadi antara calon yang diinginkan oleh Al Nassr untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Garcia. – AFP
RIYADH – Pasukan Liga Pro Arab Saudi, Al-Nassr dilaporkan sedia untuk mendapatkan khidmat Zinedine Zidane atau Jose Mourinho sebagai jurulatih baharu pasukan tersebut selepas memecat pengendali terdahulu, Rudi Garcia.
Garcia meninggalkan pasukan tersebut Khamis lalu selepas beliau dikatakan sudah tidak sebulu dengan bintang pasukan tersebut, Cristiano Ronaldo selain menyaksikan Al-Nassr dipintas Al Ittihad sebagai pendahulu liga.
Sebaik memecat Garcia, pihak pengurusan pasukan tidak menunggu masa lama apabila mula mengenal pasti jurulatih-jurulatih yang memiliki rekod cemerlang selain boleh bekerjasama dengan Ronaldo.
Difahamkan, Zidane yang pernah membimbing Ronaldo di Real Madrid pada 2016 hingga 2018 dianggap sebagai calon utama dan pihak pengurusan Al-Nassr dikatakan sudah menghubungi bekas jurulatih terbaik dunia itu.
Zidane dan Ronaldo memiliki rekod yang sangat baik sepanjang tempoh tersebut apabila mereka berjaya membantu Real memenangi saingan Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut serta satu gelaran La Liga.
Sementara itu, Mourinho yang merupakan jurulatih AS Roma ketika ini dianggap oleh Ronaldo sebagai jurulatih terbaik biarpun rekodnya tidak terlalu cemerlang seperti dilakar Zidane bersama Real.
Bagaimanapun, di bawah kendalian Mourinho bermula 2010 hingga 2013, Ronaldo dianggap berada pada tahap kemuncak apabila dia berjaya menjaringkan 168 gol dalam 164 perlawanan buat Los Blancos. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... rinho-ganti-garcia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|