View: 223|Reply: 0
|
Trio JDT paling berbisa di dunia
[Copy link]
|
|
Pemain JDT, Bergson Da Silva (kanan) bersama Arif Aiman disenaraikan antara trio penggempur paling berbisa di dunia. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mendapat perhatian antarabangsa apabila gandingan tiga penyerang utama mereka diletakkan sebagai trio paling berbisa di dunia bagi musim 2022/23 ketika ini.
Menurut laman antarabangsa, transfermarkt.com, trio Harimau Selatan yang dibarisi Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri itu meledak jaringan keseluruhan sebanyak 79 gol.
Jumlah itu sekali gus membolehkan mereka menggungguli carta 'Top Scoring Trios 22/23' setakat ini yang dikeluarkan oleh laman berkenaan bagi semua liga utama.
Lebih membanggakan apabila trio senjata pemusnah JDT itu berjaya mengatasi gandingan peledak terbaik dunia termasuk trio gergasi England, Manchester City dan Perancis, Paris Saint Germain (PSG).
Menurut transfermarkt.com, trio Harimau Selatan yang dibarisi Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri itu meledak jaringan keseluruhan sebanyak 79 gol.
Trio Manchester City yang dibarisi Erling Haaland, Julian Alvarez dan Phil Foden berada di kedudukan kedua dalam carta itu dengan mengumpul 72 gol keseluruhan.
Dua kelab dari Brazil, Flamengo dan Fluminense pula berada di tangga ketiga dan keempat dengan jaringan keseluruhan dikumpul trio serangan mereka sebanyak 71 dan 69.
Sementara itu, trio serangan pemain ternama dunia dari PSG, Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar pula 11 gol di belakang Bergson, Arif Aiman dan Forestieri untuk berada di kedudukan kelima dalam carta.
Malah, Bergson muncul peledak paling berbisa apabila mengumpul 46 gol, mengatasi Haaland (45 gol), German Cano (44 gol) dan Mbappe (31 gol).
Arif Aiman hanya mengumpul lapan gol, namun dengan namanya turut terselit sebagai trio terbaik membuktikan bahawa pemain tempatan juga memiliki keupayaan seperti pemain luar negara.
Walaupun statistik itu adalah berdasarkan saingan liga yang berbeza, namun ia sudah pasti tetap mengharumkan dan menaikkan nama saingan Liga Malaysia (Liga M) di pentas antarabangsa.
Bagi kelompok lima trio terbaik dunia itu juga menyaksikan gandingan Bergson, Arif Aiman dan Forestieri memegang nilai pasaran paling rendah dengan €1.75 juta (RM8.5 juta).
Ia berdasarkan gabungan nilai pasaran tiga pemain itu dengan Bergson memiliki tanda harga RM2.4 juta, Arif Aiman (RM1.95 juta) dan Forestieri (RM4.15 juta).
Nilai pasaran itu ibarat langit dengan bumi jika dibandingkan dengan nilai pasaran trio Manchester City yang berjumlah RM1.6 bilion membabitkan jumlah keseluruhan nilai pasaran Haaland, Alvarez dan Foden.
Sementara itu, nilai pasaran trio Flamengo pula berjumlah RM303 juta, Fluminense RM53 juta dan PSG RM1.4 bilion.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-berbisa-di-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|