View: 152|Reply: 0
|
Chelsea kalah lagi, Lampard pening kepala
[Copy link]
|
|
LAMPARD (kiri) berkata sesuatu dengan pemainnya. FOTO Reuters
London: Pengendali sementara Chelsea, Frank Lampard berkata dia perlu memulihkan kemerosotan kelab itu dengan segera sebelum kunjungan Real Madrid, Rabu ini untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara, selepas The Blues mengalami kekalahan terbaru.
Lampard, bercakap selepas tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkata, Chelsea yang juga juara Eropah 2021 namun kini terperosok di tangga ke-11, dilihat kurang keinginan dan daya saing diperlukan.
"Pada masa ini, kami gagal mencapainya dan kami perlu mengubahnya dengan cepat," kata bekas pemain tengah Chelsea itu yang membimbing The Blues buat kali kedua selepas Graham Potter dipecat awal bulan ini.
"Kami tidak cukup masa berlatih. Jadi, hasilnya adalah seperti yang anda lihat di atas padang, terutamanya dengan perlawanan seterusnya Rabu ini."
Lampard berkata kekalahan kepada Brighton adalah prestasi paling mengecewakan dalam tiga perlawanan sejak dia kembali ke Stamford Bridge.
Ditanya sama ada dia mahu menggesa penyokong Chelsea memberi sokongan kepada pasukan pada Rabu ini menentang Real Madrid dengan gergasi Sepanyol itu mendahului 2-0 pada aksi suku akhir pertama, Lampard berkata tumpuan perlu diberikan kepada pemain, bukannya sokongan daripada orang ramai.
"Saya tahu mereka akan melakukannya tetapi kami perlu bermain dengan tenaga dan semangat berjuang tinggi. Semua itu terpulang kepada kami," kata Lampard.
Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi, yang membimbing Seagulls selepas Potter meninggalkan kelab itu untuk melatih Chelsea sebelum dipecat, kini berada di landasan tepat membawa pasukannya bersaing di pentas Eropah buat kali pertama.
Beliau memuji cara pemainnya mendominasi perlawanan namun tetap tidak berpuas hati apabila pemainnya membenarkan Chelsea memperoleh beberapa peluang lewat permainan untuk menyamakan kedudukan.
"Apabila kami menjaringkan gol kedua, kami hanya berfikir untuk menamatkan permainan, untuk menghabiskan masa.
"Saya beritahu kepada pemain selepas tamat perlawanan mengenai perkara ini. Jika kami mahu menjadi lebih baik, kami perlu menambah baik aspek ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mpard-pening-kepala |
|
|
|
|
|
|
| |
|