CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Sabah] Dua mangsa hilang dalam kejadian bot karam ditemukan

[Copy link]
Post time 15-4-2023 10:20 PM | Show all posts |Read mode
KENINGAU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan Kampung Sin-Singon Sapulut di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi II (PBTII) selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Faisal Ahmad berkata mangsa masing-masing Joffizan Joffrinos,9, dan Lasimin Mantun, 38.

Katanya mangsa pertama iaitu kanak-kanak lelaki ditemukan oleh orang awam pada jam 4.30 petang pada jarak 15 kilometer dari kawasan bot dilaporkan karam semasa SAR hari ketiga dijalankan.

“Mangsa kedua ditemukan pada jam 9.30 pagi semasa SAR hari keempat pada jarak 10 kilometer mangsa dilaporkan jatuh semasa terjatuh ke dalam sungai semasa mengikuti operasi SAR hari kedua dalam kejadian ini.

“Kedua-dua mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata pihaknya kini masih menjalankan operasi SAR terhadap seorang lagi mangsa yang masih belum ditemukan iaitu kanak-kanak perempuan Carbrineleyvonne Joffrinos, 7.

Terdahulu, lima sekeluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki bot di Kampung Sin-Singon selepas selesai bekerja di kebun.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, dipercayai arus sungai yang deras menyebabkan bot dinaiki mereka karam.

Dua individu iaitu bapa dan anaknya masing-masing berumur 36 dan lima tahun berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Mangsa pertama Lerina Rody, 26 ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 3.15 petang di sungai terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.397381 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list