CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Sabah] Pengawal keselamatan ditetak dua penjenayah pecah masuk pejabat Imigresen

[Copy link]
Post time 15-4-2023 10:19 PM | Show all posts |Read mode
TENOM: Seorang pengawal keselamatan mengalami kecederaan di tangan kiri selepas ditetak dua individu yang memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom di sini.

Mangsa berumur 30 tahun itu turut diikat oleh suspek sebelum memecah masuk premis terbabit dalam kejadian kira-kira jam 1 hingga 2 pagi.

Kedua-dua suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang dengan memotong grill dan memecahkan pintu sebelum beredar dengan memanjat pagar belakang lalu menaiki kereta jenis sedan berwarna merah yang menunggu di belakang halaman pejabat.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata pengawal keselamatan itu sudah membuat laporan pada 12.41 tengah hari selepas kejadian.

Katanya Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu tiba di pejabat Imigresen Tenom pada 10.30 pagi tadi untuk membuat pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap peralatan pejabat dan perkakasan di pejabat berkenaan masih berfungsi dan tidak berlaku kerosakan," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau juga memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar melaporkan ke pejabat polis berdekatan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga hebahan di mana-mana platform bagi mengelak sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan PDRM serta menggugat ketenteraman awam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049061 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list