View: 207|Reply: 0
|
Penduduk Main Golf Di Jalan Berlubang, Bosan Tiada Tindakan
[Copy link]
|
|
Di London, seorang pelajar yang sudah tidak tahan apabila aduan tidak diendahkan pihak berkuasa bertindak menjadikan jalan berlubang di bandarnya sebagai padang golf.
Ben Thornbury, 18, memutuskan untuk mengukir senyuman di wajah jirannya selepas membaca mengenai betapa letihnya mereka dengan jalan berlubang di Malmesbury.
Penduduk tempatan sudah berbulan-bulan merungut di Facebook mengenai keadaan jalan berlubang yang menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan pejalan kaki.
Portal Metro UK melaporkan, pada Jumaat lalu, orang ramai yang membeli-belah di utara bandar Wiltshire, menemui 'padang golf mini'.
Menjadi sedikit lebih proaktif daripada hanya menunjukkan jalan berlubang, 20 penduduk mengambil bahagian dalam usaha Ben untuk membuat pihak majlis daerah supaya mengambil tindakan berhubung masalah itu.
"Saya sangat berbangga ia adalah idea saya. Orang ramai bermain golf di tengah jalan raya di mana semua kereta melaluinya.
"Mungkin lebih daripada 20 orang hadir untuk sebuah bandar kecil yang sangat bagus," katanya.
Sebuah keluarga baru sahaja datang ke bandar itu, mereka mencuba bermain golf dengan kami.
"erasaan itu sungguh menggembirakan dan orang ramai menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan, anda melakukannya sekali lagi untuk komuniti," katanya.
Dia bangga tinggal di Malmesbury, sebuah bandar pasar bersejarah di atas bukit di salah satu daerah tertua di England.
Tetapi, jirannya tidak begitu berminat dengan jalan yang berlubang itu.
Oleh itu, Ben mempunyai idea dengan menjadikan jalan berlubang sebagai padang golf.
"Lubang di jalan bandar menjadi isu besar selama berbulan-bulan sekarang. Penduduk mengadu di Facebook, mengatakan semua jalan raya berlubang.
"Kami melaporkannya dan tidak mendapat maklum balas daripada majlis dan kini orang ramai semakin muak kerana tiada apa yang dilakukan mengenainya," katanya. - CARI
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
| |
|