View: 163|Reply: 0
|
Klopp mengaku Liverpool 'sengkek'
[Copy link]
|
|
JURGEN Klopp. FOTO AFP
Liverpool: Jurgen Klopp mengakui Liverpool tidak mempunyai bajet untuk membeli pemain berstatus 'Ferrari' dan The Reds nampaknya sudah mengalah untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.
Liverpool dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah England itu tetapi kini kelab itu dipercayai mengalihkan tumpuan mereka kepada pemain lain.
Dengan Real Madrid, Manchester City, Manchester United dan Chelsea juga dilaporkan berminat dengan pemain berusia 19 tahun itu, persaingan untuk mendapatkan tandatangannya mungkin bertambah sengit sekali gus melonjakkan harganya.
Keutamaan Klopp adalah untuk berbelanja mendapatkan beberapa pemain untuk menambah baik skuad yang semakin 'berusia' itu yang mempamer prestasi buruk musim ini.
"Ia bukan mengenai Jude Bellingham, itu jawapan saya ketika ini, tetapi saya tidak faham kenapa kita perlu bercakap mengenai sesuatu yang kita tidak boleh dapat secara teori," kata Klopp kepada wartawan hari ini.
"Kita tidak boleh memiliki enam pemain pada musim panas, setiap seorang berharga £100 juta (RM549.34 juta). Semua orang tahu ia jelas.
"Apabila anda bertanya kepada budak lima tahun apa yang dia mahukan untuk Krismas dan dia memberitahu anda, 'saya tidak tahu, mungkin Ferrari', anda tidak akan berkata 'itu idea yang bagus'. Anda akan kata 'itu terlalu mahal, lagipun awak tidak boleh memandunya'.
"Jika budak ini sangat tidak gembira kerana dia tidak dapat Ferrari, ia pastinya kehidupan yang sangat sedih."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-liverpool-sengkek |
|
|
|
|
|
|
| |
|