CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Perlis] Masyarakat Siam Perlis mengeluh bekalan air tidak menentu di Kubang Tiga, Chuping

[Copy link]
Post time 14-4-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Masyarakat Siam Perlis mengeluh bekalan air tidak menentu di Kubang Tiga, Chuping


Oleh Aizat Sharif - April 14, 2023 @ 4:31pm bhnews@bh.com.my




Penyelia ladang, N Nanthakumar melihat tong air yang disediakan untuk diisi setiap kali lori tangki air dari SAP tiba di Kampung Kubang Tiga, Chuping, Padang Besar. NSTP/Aizat Sharif




PADANG BESAR: Komuniti Siam Perlis dari lebih 150 kediaman membabitkan tiga kampung di Kubang Tiga, Chuping, di sini mengeluh selepas terpaksa berdepan keadaan bekalan air tidak menentu di kawasan mereka.

Malah, bukan hanya bekalan air di kediaman mereka terjejas tetapi tempat ibadat iaitu Wat Siam juga mengalami keadaan sama, lebih-lebih lagi ketika mereka merayakan Festival Songkran di kawasan itu.

Antara kampung yang sering mengalami masalah berkenaan adalah kampung Kubang Tiga, Kampung Padang Tebuan dan Kampung Padang Bemban yang semuanya terletak di kawasan Kubang Tiga, Chuping.

Penduduk Kampung Kubang Tiga, Cham a/p Eng, 59, berkata dia dan suaminya, Eyob a/l Endinnui, 64, sudah lebih 10 tahun tinggal di situ dan masalah bekalan air terus berlarutan sebelum menjadi lebih serius tiga tahun lalu.

"Di sini ada beberapa masalah mengenai bekalan air. Ada yang rumahnya tidak ada langsung bekalan air, ada pula yang hanya mempunyai bekalan air sekali sekala, ada pula yang ada bekalan air tetapi tekanannya sangat rendah.

"Macam saya di sini, keadaan bekalan air di rumah ini amatlah tidak menentu kerana setiap hari kami terpaksa bergelut untuk sentiasa memenuhkan air di tangki yang ada di rumah.

"Bekalan air lazimnya akan mulai ada sekitar jam 2 pagi hingga 5 pagi dan dalam tempoh itu pula, tekanan airnya sangat rendah. Malah air yang masuk ke tangki pula sangat berkeladak dengan tanah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Tiga.

Nada sama dikongsi oleh jurujual di sebuah pasar raya di Kangar, Chintana a/p Ah Thit, 35, yang mengakui bekalan air tidak mencukupi walaupun ada pihak Syarikat Air Perlis (SAP) menyediakan perkhidmatan lori air.

"SAP perlu mempunyai satu jadual khusus dari segi penghantaran air di kawasan ini kerana mana boleh tahan setiap kali tiada air berlaku di sini dan setiap kali jugalah kami terpaksa membuat permohonan dan aduan berulang kali.

Bagi seorang penduduk Kampung Padang Tebuan, Nur Larissa Helina Prom, 46, dia sering diberitahu bahawa gangguan bekalan air di kawasan berkenaan berlaku adalah disebabkan tekanan air yang rendah memandangkan kawasan itu berada di kawasan tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SAP, Dr Mohmad Asari Daud ketika dihubungi berkata, permasalahan ini sememangnya menjadi keutamaan pihaknya untuk diselesaikan sama seperti di tempat lain.

"Buat masa ini, kami masih meneruskan penyelesaian jangka pendek iaitu dengan membekalkan air bersih kepada penduduk terjejas termasuk Wat Siam," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.073670 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list