CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

[Borneo] Cuaca panas disebabkan pemanasan muka bumi, kurang taburan hujan – MetMalaysia

[Copy link]
Post time 14-4-2023 05:42 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur : Fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata setakat semalam, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya.

Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.  BERNAMA


https://sabahmedia.com/2023/04/13/cuaca-panas-disebabkan-pemanasan-muka-bumi-kurang-taburan-hujan-metmalaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051547 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list