CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 1

[Sabah] JIM Sabah hantar pulang 182 PTI ke negara asal

  [Copy link]
Post time 13-4-2023 08:30 PM | Show all posts |Read mode


USIR: Semua PTI terbabit dihantar pulang menggunakan jalan laut mealui Pelabuhan Tawau.

TAWAU: Seramai 182 pendatang tanpa izin (PTI) dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PTI siri 9 yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, di sini, semalam.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PTI terbabit dihantar pulang menggunakan jalan laut melalui Pelabuhan Tawau.

“Pecahan tahanan yang dihantar pulang terdiri daripada 145 lelaki, 31 wanita dan enam kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

“Semua PTI yang dihantar kali ini adalah tahanan warganegara Indonesia yang ditempatkan di Depot Imigresen Tawau,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, PTI yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh Sabah adalah mereka yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sharifah berkata, hukuman yang dikenakan ke atas semua PTI berkenaan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga tindakan terakhir iaitu pemindahan keluar dari negara.

“Justeru, semua warga asing diingatkan supaya memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

“Semua agensi penguatkuasaan di negeri ini akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,”katanya.

Katanya, operasi pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Tahanan Imigresen di Sabah.

“JIM Sabah terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI setelah mereka melalui semua proses perundangan negara dan mendapat pengesahan kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 08:33 PM | Show all posts
Tindakan yang betul telah dilaksanakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.350162 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list