CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 1584|Reply: 64

[Tempatan] Rakyat Malaysia dinasihatkan pilih sajian lebih sihat di Hari Raya

  [Copy link]
Post time 13-4-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Menjelang Hari Raya Aidilfitri, umat Islam sibuk membuat persiapan untuk perayaan tahunan itu seperti dekorasi rumah serta sajian tradisional untuk dihidangkan pada hari raya, namun, berapa ramaikah antara kita yang sedar kepentingan menyediakan sajian berkhasiat dan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan?

Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Sunway, Sunway City, Dr Lim Sim Yee dalam kenyataan berkata makan berlebihan ketika hari raya boleh membawa kepada penambahan berat badan terutama apabila lebih banyak kalori yang diambil daripada yang dibakar.

“Ini boleh mengakibatkan kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti peningkatan risiko obesiti dan kondisi kesihatan berkaitan seperti kencing manis dan penyakit jantung. Makan terlalu banyak atau mengambil makanan tinggi lemak dan tinggi gula juga boleh membawa kepada masalah penghadaman seperti ketidakcernaan, kembung perut dan sembelit,” katanya.

Dr Lim menasihatkan orang ramai untuk memilih makanan yang lebih sihat seperti sajian panggang atau bakar berbanding bergoreng atau hidangan tinggi lemak, serta memilih makanan dengan protein tanpa lemak, bijiran penuh dan banyak sayur-sayuran, selain mengawal jumlah makanan dengan mengambil jumlah yang kecil bagi setiap sajian dan makan perlahan-lahan untuk mengelakkan makan berlebihan.

Beliau berkata menguruskan pengambilan gula adalah satu cabaran ketika musim perayaan memandangkan banyak sajian, minuman dan pencuci mulut tradisional tinggi kandungan gula, dan orang ramai dinasihatkan untuk memilih meminum air biasa atau minuman tanpa gula.

“Anda juga boleh cuba membuat minuman sendiri dengan mencampurkan air dengan buah-buahan dan herba. Buah-buahan segar boleh memenuhi keinginan kepada makanan manis tanpa penambahan gula.

“Anda juga boleh cuba membuat pencuci mulut tradisional versi yang lebih sihat menggunakan pemanis semula jadi seperti kurma, madu dan sirap mapel, bukannya gula putih. Mengurangkan amaun gula dalam resepi dan tambah lebih banyak bahan berserat tinggi seperti bijiran penuh atau buah,” katanya.

Susulan kanak-kanak juga cenderung mengambil biskut dan snek perayaan, minum air berasaskan sirap dan bergas ketika menziarahi sanak saudara, Dr Lim berkata ibu bapa patut menjadi contoh yang baik dengan menjadi suri teladan kepada amalan pemakanan sihat dan membuat pilihan sihat dalam pengambilan makanan mereka.

Beliau berkata ibu bapa sepatutnya meletakkan had pada berapa banyak makanan manis dan berkalori tinggi boleh diambil anak mereka semasa tempoh perayaan dan menggalakkan anak-anak berkongsi makanan dengan keluarga dan kawan-kawan, daripada menikmatinya sendiri.

“Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau menunggang basikal. Ini boleh membantu membakar kalori berlebihan dan tenaga, dan mempromosi gaya hidup sihat,” kata Dr Lim.

Dr Lim turut berkongsi petua untuk menyediakan makanan tradisional yang lebih sihat dan memilih makanan lebih sihat; antaranya sajian rendang menggunakan potongan daging kurang lemak seperti dada ayam atau daging tanpa lemak, dan mengurangkan santan. Orang ramai juga boleh memasukkan sayuran seperti cili belanga dan brokoli untuk meningkatkan kandungan nutrien.

Bagi ayam masak merah, orang ramai boleh menggunakan dada ayam tanpa kulit berbanding paha yang lebih tinggi kandungan lemak, dan mengurangkan minyak. Memasukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak dan bayam untuk meningkatkan kandungan zat, dan memilih pengganti yang lebih sihat kepada garam dan gula, dengan herba dan rempah untuk memberi rasa kepada sajian.

Kuah kacang boleh dibuat daripada mentega kacang semula jadi daripada mentega kacang diproses, yang mungkin mengandungi garam dan gula tambahan, dan mengurangkan kandungan gula serta memasukkan bahan tinggi zat seperti halia dan bawang putih untuk menjadikannya lebih sihat.

Sayur lodeh selalunya dibuat daripada pelbagai jenis sayur termasuk kekacang, terung dan kubis. Ia adalah hidangan rendah kalori, kaya nutrien, tinggi serat dan antioksidan. Untuk menjadikan ia lebih sihat, kurangkan santan atau pilih versi rendah lemak.

Bagi acar, iaitu sejenis sajian sayur jeruk yang biasanya dihidangkan sebagai sajian sampingan, ia rendah kalori, berserat tinggi dan kaya vitamin dan mineral. Untuk menjadikan acar lebih sihat, kurangkan penggunaan garam dan gula.

Ketupat yang dibuat daripada beras pulut pula membekalkan tenaga untuk tubuh. Sajikan ia bersama makanan berasaskan sayur untuk menjadikan ia lebih sihat, sementara bagi lemang, gunakan santan rendah lemak.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 08:12 PM | Show all posts
Tak yah beli  kueh raya... hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak memang goreng guna minyak SAJI
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tunggu raya hari2 biasa n bulan puasa ni pun mmg tak amik mknn2 mengarut.
Btw hari ahad aritu iols berbuka ngn sebiji epal hijau dan 2 gelas air kosong je
Pastu esoknya sahur air kosong je, ok je puasa hari isnin tu.
So tak semestinya kena mkn mcm2 asalkan berbuka dhlaa nk berbuka ngn air kosong je semata pun takpe.
Hari raya ni pun sama, elakkan minum air manis tu. Sekut2 raya tu semua mknn yg tak bermanfaat pun.
Harga mahal saja tp khasiat tade tinggi gulaa je pastu rata2 tinggi gluten makan seketul dua perut dah rasa sebu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ala sis… setahun skali.. relek arrrr!

kata acik2 perut boroi berlemak!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak dengar!
Raya nanti nak makan rendang ayam,sup tulang,lemang,ketupat dari pagi sampai malam.
Dekat sebulan dah ni diet makan sikit2 jah supaya kacak bergaya di hari raya.gittuhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan selalu nk kunjungi sanak sedara. Nnt diorang kecik hati kalau tgk aja rendang ..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 08:37 PM | Show all posts
Nak sihat kena ada pengorbanan sedikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Menu sihat makan sendiri di rumah boleh la.

Pi rumah terbuka pi mampus la nak demand2 menu sihat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 13-4-2023 09:18 PM

Lemang dan rendang healthier version
Lebih baik tak payah makan langsung. Setahun sekali je pun.

Lepas raya sambung puasa Syawal pulak. Nasib baik kerja company majority non-muslim. Kalau tak, sambung potluck raya kat ofis pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 10:52 PM | Show all posts
jemu dah dgn semua juadah2, lemang, ketupat, rendang, nasi impit, kuih raya etc....
aku layan kerepek je

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Opps
Taktau la nak masak apa hari raya ni.
Maybe nasi arab kut. Iols rendang2 ni tk minat sgt.
Makan sikit je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda nk mknan sihatnya... Dah sah2 hidangan raya tu byk yg x sihat... Nk mkn sihat kena mkn salad/buah2 je la.. But musim festive kot xkan nk mkn salad plk.. Cuma kalo nk advise tu boleh suruh kontrol mkn je.. Dan kurangkan minum air manis. Kalo nk minum tu boleh tp balik abis raya tu minum air kosong byk2.. Yg penting kontrol nafsu mkn tu sbb raya pun sebln kan, xyah la beria sgt satu hari tu bertandang smpai berpuluh rmh.. Tu je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow rendang letak brokoli.  Meraung my ancestors.....kan ada serai lengkuas daun kunyit ok wat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lemang blh mkn hari2 ada je jual area rmh aku ni..tp kali ni nk msk nasi beriyani je x sanggup la nk beriya2 msk..nasi beriyani kul 5 pg dh blh msk..buat butter bread n puding karamel..marble cake,kek sarawak,serimuka,blueberry cis tat dh  ckupp ..tapaw utk bwk blk kg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols nanti raya makan salad je kot. Kena jaga body nak buat photoshoot kat Indo raya nanti. Penat2 puasa, raya ke 3 je naik baik kilo yg hilang masa puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
The key is mknan seimbang and jgn buruk lantak..mkn seadanya dan buang kalori pastu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I tgk menu raya cina masakkan  stim2 je byk.
Cuba bg idea menu apa yg sihat dan mudah nk buat utk hari raya.
I rasa yg paling sihat laksa. Tapi nk buatnya susah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hari raya jer cheat day..hari posa ni i xmkn kuih manis pun..
tazabar nak makanz ketupat pulut dgn serunding
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.061492 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list