CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 1

NGO, Orang Persendirian Bagi Makanan Berlambak Punca Gelandangan Memilih- Makan Lauk Yang Kenan Di Hati, Yang Tak Suka Terus Buang

[Copy link]
Post time 13-4-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tiada kolaborasi, pemberian makanan yang sama dan lambakan makanan di tempat sama sepanjang Ramadan menjadi punca berlaku pembaziran dalam pemberian hidangan untuk berbuka puasa kepada gelandangan di ibu kota.


Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid berkata, pihaknya melihat isu pembaziran pemberian makanan kepada gelandangan ini sejak kebelakangan ini disebabkan ketiadaan kolaborasi antara NGO termasuk individu.


Menurutnya, pembaziran makanan berlaku disebabkan NGO atau individu ini 'bukan selalu' dalam memberikan sumbangan sebaliknya hanya ketika Ramadan.


Katanya, beliau juga sebelum ini pernah mencadangkan kepada NGO dan individu perseorangan ini untuk berkolaborasi dalam pemberian makanan, tetapi tidak diendahkan.




Foto: Harian Metro




"(Saya) sudah pergi jumpa (NGO dan individu), tegur dan mengajak bersama-sama tapi (mereka) tak mahu. Nak buat cara sendiri juga.


"Mereka ini tak nak berkolaborasi. Itulah puncanya pembaziran. Dia nak buat caranya sendiri," katanya kepada Harian Metro.


Beliau berkata, sekiranya NGO dan individu berkolaborasi seperti mempelbagaikan pemberian makanan dan tidak menumpukan kepada pemberian nasi berlauk semata-mata, ia dapat mengelakkan pembaziran makanan ini terus berlaku.


"Orang itu bagi nasi berlauk, dia pun nak bagi nasi berlauk juga. Tak payahlah bertindih.


"Contohnya macam saya bagi nasi berlauk, orang lain bagilah kuih, mi goreng atau murtabak ke? Ini semua bagi nasi berlauk. Sudah tentu dia (gelandangan) buang (sebab tak berminat)," katanya.


Selain itu katanya, faktor pembaziran makanan adalah disebabkan NGO dan individu ini tertumpu kepada pemberian di kawasan hotspot sahaja.


Katanya, antara kawasan itu adalah seperti Pasar Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kota Raya.


"atutnya pergilah ke tempat lain. Tapi dia tak nak. Dia nak kawasan hotspot juga. Bila ada mentaliti macam itu, macam mana kita nak ubah.


"Tolonglah, ramai lagi yang perlu dibantu. Bukan kita hanya bantu di tempat yang nampak glamour," katanya.


Munirah berkata, pihaknya juga sentiasa memantau pemberian sumbangan makanan kepada kawasan yang diberinya sepanjang Ramadan.


Beliau turut mengambil contoh salah sebuah tempat pemberian sumbangan makanan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku yang diberinya.


Katanya, pada permulaan Ramadan, beliau memberikan 250 paket makanan kepada gelandangan di kawasan itu dan terbaru berkurangan kepada 170 paket.


"Saya sudah turunkan kepada 170 paket makanan kerana tiap-tiap hari kita tengok dan pantau," katanya.


Sementara itu, Pengurus Projek Dapur Asnaf, Haliza Abdul Halim turut sependapat bagi mengelakkan pembaziran makanan di bulan Ramadan iaitu NGO dan individu perlu bergabung dalam memberikan sumbangan kepada gelandangan.


"Kena ada komunikasi antara NGO dan individu bersama dengan NGO sedia ada yang setiap hari memberikan sumbangan makanan.


"Mereka juga hendaklah pandai mencari kawasan yang mana tidak diberikan sumbangan.


"Kalau tidak, akan berlaku pembaziran kerana akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Kena pandai memilih lokasi," katanya.


'Pilih' menu makanan diberikan NGO


Setiap kali ketibaan Ramadan, pelbagai pihak sama ada individu atau badan bukan kerajaan (NGO) akan sibuk menghulurkan sumbangan termasuk pemberian makanan kepada gelandangan di ibu kota untuk berbuka puasa.


Bagaimanapun, di sebalik murah rezeki dengan pemberian makanan kepada golongan itu, berlaku pula pembaziran kerana lebihan makanan akan dibuang merata-rata disebabkan jumlahnya juga terlalu banyak.


Pada masa sama, makanan yang terbuang itu dilihat mencacatkan imej atau pemandangan Kuala Lumpur sebagai ibu negara kepada pelancong.


Perkara ini juga diakui oleh beberapa gelandangan yang ditemui Harian Metro di Pasar Seni di sini, malam kelmarin.


Seorang gelandangan yang mahu dikenali sebagai Mat, 28, berkata, sepanjang Ramadan ini, dia amat bersyukur kerana pelbagai NGO dan individu perseorangan memberikan sumbangan makanan kepada golongan sepertinya.


Bagaimanapun katanya, ada dalam kalangan gelandangan yang 'memilih' menu makanan yang diberikan oleh NGO menyebabkan berlakunya pembaziran.


"Gelandangan ini akan ambil sahaja makanan yang diberikan oleh NGO. Tetapi apabila mereka tengok lauk itu bukan kegemarannya atau tak berkenan di hati, mereka buang makanan itu," katanya.


Menerusi tinjauan yang dilakukan di sekitar Pasar Seni, sekurang-kurangnya terdapat empat NGO yang 'singgah' dan memberikan nasi berlauk kepada kira-kira 30 gelandangan di kawasan berkenaan.


Mat yang berasal dari Taiping, Perak turut mencadangkan agar sumbangan makanan itu dihadkan kepada golongan gelandangan.


"Ini bagi mengelakkan pembaziran dan makanan itu dibuang merata-rata," katanya.


Gelandangan yang mahu dikenali sebagai Wak Li, 70, berkata, kebiasaannya golongan senasib dengannya memperoleh makanan yang banyak dari Jumaat hingga Ahad.


Katanya, sekurangnya-kurangnya enam NGO akan memberikan makanan yang serupa seperti nasi berlauk kepada mereka.


"Bila banyak makanan dan semuanya nasi berlauk, makanan itu akan jadi membazir (atau terbuang) sebab tidak ada yang mahu makan," katanya.


Bagaimanapun katanya, jika NGO mempelbagaikan pemberian makanan mungkin tidak akan berlaku pembaziran oleh gelandangan sepertinya.


"Contohnya memberikan kuih atau mi goreng selain daripada nasi berlauk yang sentiasa diterima, mungkin tidak akan berlaku pembaziran.


"Kami juga kalau boleh tidak mahu membazir kerana makanan ini semuanya rezeki daripada Allah SWT," katanya.


Selain itu, katanya, dia melihat NGO juga hanya banyak tertumpu kepada sesebuah tempat sahaja seperti di Pasar Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Kota Raya, di sini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 08:41 AM | Show all posts
kerana memberi, membiak lah gelandangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list