CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 11

Ah Long Berlesen Melampau! 'Cekik Darah' Caj Tarik Kereta Cecah RM16,000

[Copy link]
Post time 12-4-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pinjaman wang berlesen bertindak zalim apabila mengenakan caj sehingga RM16,000 daripada tunggakan sekitar RM3,000 selepas menarik kereta jenis ultiliti sukan (SUV) milik seorang lelaki tempatan yang tertangguh dua bulan bayarannya.


Mendedahkan perkara itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Haris berkata, awalnya dia mendapat panggilan telefon daripada isteri yang sedang membawa tiga anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun balik dari sekolah di Jalan Kuching, 31 Mac lalu.


Lelaki berusia 37 tahun itu berkata, isterinya yang menggunakan kereta itu didatangi dua lelaki secara agresif mengatakan mahu menarik kereta itu manakala dua individu lagi berada di dalam kereta mereka.


Foto: Kosmo




“Saya ada masalah kewangan ketika itu dan cuba berunding dengan mereka ketika menghubungi isteri saya, namun mereka mengatakan hanya menurut perintah daripada syarikat.


“Isteri dan anak yang panik hanya mengikut sahaja, mereka turunkan merek berhampiran kawasan rumah sebelum membawa kereta ke gudang simpanan milik syarikat tersebut dan diberikan kepada saya dokumen bayaran yang perlu diselesaikan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Villa Puteri, di sini.


Mendedahkan pengisian dokumen jadual lima itu, tunggakan pinjaman (RM3,200.82), faedah tunggakan (RM59.57), kos penyelenggaraan (RM5,000), kos pemilikan semula (RM5,000), kos penghantaran semula (RM5,000) dan jumlah keseluruhan (RM16,760.39).


Menurut Haris, dia menyedari ada caj yang tidak masuk akal seperti tunggakan dua bulan sahaja namun caj tambahan yang dikenakan kepadanya melebihi bayaran yang sepatutnya.


“Untuk tunggakan dua bulan sepatutnya RM2,400 sahaja tetapi caj dikenakan sehingga RM3,200, kereta saya sepatutnya tidak perlu ditarik kerana sudah 85 peratus bayaran selesai dan mana boleh tarik kereta macam itu sahaja, notis peringatan tidak diberikan selepas itu notis dari mahkamah juga tidak ada ketika tarik kereta, ini menindas pengguna.


“Saya selesai bayar tunggakan RM3,600 tersebut tetapi dipaksa selesaikan semuanya untuk dapatkan kereta, pergerakan anak dan isteri terbatas sejak perkara ini terjadi, disebabkan itu saya rujuk dengan PPIM,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tidak masuk akal mengenakan cas berlipat kali ganda perlu disoal atas kapasiti apa caj itu boleh berlaku.


Jelas Nadzim, dia mengarahkan lelaki itu tidak membuat bayaran secara penuh bagi mengelakkan diri daripada ‘mempersetujui’ perjanjian itu tanpa sedar. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 04:37 PM | Show all posts
Dah sama rata dengan yang tanpa lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 04:55 PM | Show all posts
dia ni pinjam along atau geng tarik kereta yg buat mcm tu? under bank ke macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara koboi memang macam ni. Lawless...boleh buat ikut suka hati
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok jugak. Dia loan bank/kedai atau syarikat berlesan macam AEON/toyota finance. Kekadang menda ni ada dalam agrement. Customer tak baca detail
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sapa2 buat loan gadai epf xde la kena caj mcm kt atas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara dah macam tiada kerajaan,  tiada peraturan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 12-4-2023 04:58 PM
Negara koboi memang macam ni. Lawless...boleh buat ikut suka hati

Akak memang tasty dengan Lucy Lawless sebab pakai coli besi

  



http://youtu.be/sUoQdTl8vqU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 12-4-2023 04:55 PM
dia ni pinjam along atau geng tarik kereta yg buat mcm tu? under bank ke macam ni?

Geng tarik keta.....
Selalunya panel bank.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 12-4-2023 07:56 PM
Negara dah macam tiada kerajaan,  tiada peraturan

Kannn....

Ikut sukahati dia je ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jual je la kereta tu tukar kereta mampu milik..
PPIM bukan boleh buat apa pun kalau dah dalam loan agreement..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:31 PM | Show all posts
sebab tu, kalau nak fight, sebelum kereta tu di bawa masuk ke garaj dorang...
call dulu bank sah kan, betul ke dorang dah dapat green light?

sebab macam biasa kes ni orang dalam juga leak kan ke 3rd party sama2 makan duit tepi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.540305 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list