CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

SIRIM Gunting Rambut Gelandangan Secara Percuma Sempena Raya

[Copy link]
Post time 12-4-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode
SIRIM Berhad membantu seramai 40 gelandangan menggunting rambut secara percuma sempena Aidilfitri minggu depan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata SIRIM Berhad bersama tujuh tukang gunting rambut profesional mengambil inisiatif menggunting rambut gelandangan melalui program CSR SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat Jalanan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana.




Tukang gunting rambut memotong rambut sebahagian gelandangan secara percuma sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat Jalanan anjuran SIRIM Berhad di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa, Kuala Lumpur. - Foto AIZUDDIN SAAD




"rogram yang diadakan itu adalah insiatif CSR SIRIM dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Walter College bagi mewujudkan jalinan emosi antara syarikat korporat bersama gelandangan sebagai usaha dan meningkatkan semangat mereka untuk lebih berkeyakinan.


"SIRIM Berhad akan terus menggalakkan usaha kelestarian dan tanggungjawab sosial melalui komitmen program CSR kepada golongan yang kurang berkemampuan dan alam sekitar dengan memberi tumpuan kepada elemen berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan program CSR SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat Jalanan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, di sini, hari ini.


Ahmad Sabirin berkata, SIRIM Berhad akan melaksanakan beberapa program CSR antaranya Peningkatan Persembahan Produk Usahawan Asnaf dan B40 serta Program Penanaman Pokok Bakau bagi mengurangkan jumlah karbon untuk mencapai sifar karbon bersi menjelang 2050.


"Kami berharap program gunting rambut berkenaan dapat menceriakan sahabat-sahabat kita yang menetap di pusat itu dan memudahkan mereka untuk merapikan diri sebelum lebaran tiba.


"rogram separuh hari berkenaan turut dibantu oleh 30 sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja SIRIM dan ia adalah program pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak kami," katanya.


Program berkenaan akan dijadikan program tahunan SIRIM pada Ramadan dan akan dijalankan dengan lebih kerap bagi membantu mereka yang memerlukan.


"rogram berkenaan menjadi pilihan SIRIM pada kali ini adalah kerana tidak mahu golongan sahabat jalanan berkenaan tidak dilupakan.


"ihak SIRIM terpanggil untuk sama-sama meraikan sahabat jalanan berkenaan supaya mereka tidak berasa terpinggir terutamanya ketika menyambut Aidilfitri," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.159817 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list