CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 1

3 Penunggang Maut Treler Masuk Laluan Utama Lebih Kurang 40 Meter Dari Simpang Keluar Stesen Minyak

[Copy link]
Post time 12-4-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Tiga lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan empat motosikal dan treler di jalan Tanjung Musang, di Alor Setar, semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian jam 10.50 malam itu melibatkan empat motosikal yang sedang dalam perjalanan dari arah Alor Setar menuju ke Jabi, merempuh belakang sebuah treler.




Dalam nahas jalan raya di Jalan Tanjung Musang, Alor Setar malam tadi, tiga penunggang motosikal maut di lokasi kejadian sementara seorang parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah. - Foto ihsan PDRM





“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang baru selesai mengisi minyak, masuk ke laluan utama pada jarak lebih kurang 40 meter dari simpang keluar stesen minyak.


"Tiba-tiba, datang empat buah motosikal lalu merempuh bahagian belakang treler itu.


“Akibat rempuhan tersebut, tiga penunggang motosikal maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Ahmad Shukri berkata, mayat ketiga-tiga mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.


Mangsa yang parah dibawa ke Unit Kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.


Katanya, identiti semua mangsa belum diperolehi dan polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 12-4-2023 04:36 PM

Tgh merempit ke?sian makpak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053070 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list