CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 2

Tukang Rumah Bunuh Isteri Dengan Tukul Besi Berdepan Hukuman Mati

[Copy link]
Post time 12-4-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Tukang rumah yang memukul isterinya dengan tukul besi sehingga mati di Bukit Besi awal bulan ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun, hari ini atas pertuduhan membunuh.


Tertuduh, Mohd Amir Hamzah, 32 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.




AWANI




Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Besol, Bukit Besi, antara jam 7.30 pagi dan 8.30 pagi pada 5 April lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Athirah Hashim manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Hafizul Faris Che Razlan.


Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita maut dipercayai dipukul dengan tukul besi di kediamannya, selepas berlaku perselisihan faham antara pasangan suami isteri itu.


Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.


Mangsa yang merupakan peniaga runcit kecil-kecilan, mempunyai enam anak hasil perkahwinan terdahulu dan selepas mengahwini tertuduh tahun lepas, mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga bulan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ni kisah arwah isteri tu baru pulang lepas hantar anak ke sekolah pagi tu.

Kesian arwah.
Kesian 7 org anak yg takde ibu dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Berdepan hukuman mati, tapi jgn digantung.
Ketuk kepala dia balik dgn Hammer. Bodoh gila jeles sampai membunuh. Kang nnti keluar lah cerita, beliau sebenarnya suami yg baikkkk, rajin bangun malam buat susu utk bayi mereka, rajin cari duit sbg tukang rumahhhh, sgt menyayangi arwah.
Blergh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059870 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list