CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2787|Reply: 14

"Ia Terlalu Peribadi Dan Isu Dalaman," Aina Abdul Dituduh Singkir Pengurus Sendiri

[Copy link]
Post time 12-4-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Aina Abdul menyangkal dakwaan dia menyingkirkan pengurusnya sebab bergaduh.


Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, sebaliknya berkata, keputusan bekas pengurusnya itu meletakkan jawatan sejak sebulan lalu adalah keputusan sendiri.


Foto: IG




"Jujur saya katakan, saya tak pernah singkirkan dia. Sesiapa yang keluar dari pasukan kami itu adalah keputusan mereka sendiri.


"Dia ada sebab tersendiri berbuat demikian dan sewajarnya punca dia berhenti ditanya sendiri kepadanya.


"erkara itu berlaku dengan pantas... biarlah apa yang berlaku saya sahaja yang tahu. Saya pun tak berani nak cakap banyak sebab ia terlalu peribadi dan isu dalaman," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, Aina berkata meskipun sudah tidak mempunyai hubungan profesional namun tiada sebab mengapa dia perlu bermasam muka dengan bekas pengurusnya itu.


Apatah lagi kata Aina, mereka sudah bekerjasama sejak 2019 dan tidak mempunyai sebarang masalah jika bertembung di mana-mana acara.


"Memanglah sedih atas apa yang berlaku. Namun saya percaya rezeki untuk kami bekerjasama setakat ini sahaja.




  



"Saya bukan jenis suka bermasam muka, jadi tidak timbul isu harus minta maaf atau memaafkan.


"Saya tiada masalah untuk berjumpa dia di mana-mana majlis selepas ini," ujarnya.


Desas-desus konflik di antara Aina dan bekas pengurusnya itu mula timbul apabila mereka dilihat tidak lagi bersama dalam beberapa majlis sebelum ini selain penyanyi itu sudah menukar nombor telefon pihak pengurusannya di laman sosial.


  



Dalam perkembangan lain, Aina berkata, dia akan menjadi seorang juri yang tegas dan berterus-terang apabila di meja juri program BS5 yang bakal bersiaran pada 7 Mei ini.


“Kalau ada yang kecam saya sebagai juri, saya tidak akan membalas. Bukan bermaksud lemah tetapi bagi saya semua orang ada kebebasan bersuara. Malah saya sendiri banyak belajar dari komen netizen.


  



“Saya akan menjadi juri yang jujur dan sedikit tegas namun tidaklah sampai tahap garang,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah tak tahan la tu nak melayan peel ko yang suka pakai baju pelik2, lepastu pakej kena layan peminat2 kau yang dari kalangan ponen2 bottom yang kena sumpah jadi beruk dekat konsert kau tu. Duit perabih kat baju, sedangkan lubang2 acuan kuih raya kat muka tu yang patut di repairndulu...

Zaman sekarang ni era Herlok Pop dik. Kalau nyanyi sedap pun tapi rupa menggerutu, takkan kekal lama. Ko hengat penyanyi bernombor akan kekal relevan sampai kini kah kalau rhoper sheols macam bandi suriati? Ponen2 bottom yang takde selera kat pooh key pun minat dan tertarik dekat penyanyi bernombor bukan sebab personaliti, suara sheols jah, tapi rupa sekali. All in one package. Cuba kalau rupa penyanyi bernombor tu macam si bandi suriati? Masing2 terus layan KPOP jah walaupun penyanyi kpop tu masing2 menyanyi macam binatang. (Read blackpink n bts)

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 12:18 PM | Show all posts
Penat la kot nak melayan idea pelik-pelik..sampai gaduh masa rehearsal AJL haritu... manakan baju pelik lagi, kekawan stylist ponen-ponen aneh tu lagi, request macam-macam nak nampak unik... hujung-hujung struggle jugak nak bagi orang kenal suara kau..skrg je baru naik sebab imej pelik...bukan sebab suara bingit tu sangat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 12:44 PM | Show all posts
"Jujur saya katakan, saya tak pernah singkirkan dia. Sesiapa yang keluar dari pasukan kami itu adalah keputusan mereka sendiri.


hahah agaknya yg kluar tu mmg penat nak layan kerenah ko laa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
reporter harus kejar ya mantan PA Aina Abdul. Kita terjahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit la tu pe lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2023 01:43 PM | Show all posts
Ctfantasi replied at 17-4-2023 01:20 PM
Rehearsal ajl dorang gaduh?? Spill la chuols..

count me in


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 02:20 PM | Show all posts
dia ni dah ada duit kan...nape tak buat treatment kulit dia ni betul2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 02:24 PM | Show all posts
aku lbh suka suara ernie dr dia
ernie baju tak ada pelik2 yg dia nak pakai

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 03:19 PM | Show all posts
Ctfantasi replied at 17-4-2023 01:20 PM
Rehearsal ajl dorang gaduh?? Spill la chuols..

takyah spill...kat youtube AA pun ada behind the scene AJL... diorang gaduh pasal stage apa benda ntah, aina jenis taknak kalah...
kalau video vlog ke apa mesti gaduh sampai muka masam la takde mood lah... sejenis yang semua mesti ikut kehendak pelik2 dia... ex manager pulak ponen2... cepat sentap lerrr...


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi suara dia sedap she pun humble layan peminat takde kekwat mcm nad zainal
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:22 AM | Show all posts
aina abdul ialah seorang lagenda “ in the making “.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la kalau dah tak jadi pengurus aina. Aina ni takde masalah pun. Bekas pengurus dia yang problem.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:23 AM | Show all posts
AA ni ok je. Standard la gaduh-gaduh. Bukan beranak dulu seuri pon nak harmoni sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
esprito193 replied at 18-4-2023 12:22 AM
aina abdul ialah seorang lagenda “ in the making “.

Umur 30 tahun still in the making? Tak sempat nak jadi lagenda..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.873605 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list