CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 1

Wanita Oku Terlantar Maut Dalam Kebakaran

[Copy link]
Post time 11-4-2023 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut selepas rumah yang didiaminya di Kampung Alma, Bukit Mertajam, terbakar, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Nuraida Hashim,43 berada di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.


Abang ipar mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rais, 48 berkata, dia mendapat panggilan daripada anaknya memaklumkan rumah mereka terbakar.


Keadaan rumah didiami Nuraida (gambar kecil) yang terbakar sehingga mengorbankan nyawa wanita berkenaan.


Katanya, ketika itu dia bersama isterinya tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Kulim, Kedah.


"Anak memaklumkan dia hanya sempat melarikan diri bersama nenek berusia 80-an sementara ibu saudaranya tidak dapat dibawa keluar memandangkan api sedang marak.


"Saya kemudian terus menghubungi bomba dan polis bagi mendapatkan bantuan serta pulang ke rumah serta merta," katanya.


Katanya, bilik adik iparnya berada berdekatan dapur dan dia mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada litar pintas, namun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.


"Adik ipar saya sudah dua tahun terlantar di atas katil dan anak memaklumkan kejadian berlaku terlalu pantas," katanya.


Sementara itu, Komander Operasi Bomba Mohd Fazlee Mohamad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan BBP Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 5.08 petang berhubung insiden terbabit.


"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 40 peratus dan ia dapat dikawal pada 5.31 petang.


"emeriksaan lanjut menemui seorang mangsa wanita OKU di atas katil di dalam sebuah bilik dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya.


Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Operasi itu tamat sepenuhnya pada 7.48 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan.




Sumber: HARIAN METRO






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.162925 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list