Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggarkan kira-kira sejuta warga kota akan keluar meninggalkan ibu negara bermula 20 April ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, jumlah itu adalah 50 hingga 60 peratus daripada penduduk ibu kota ketika ini.
Katanya, orang ramai digalakkan untuk mengisi Borang Maklumat Balik Kampung bagi mengelakkan kes pecah rumah berlaku ketika mereka pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Gambar Hiasan
“Kita menyasarkan seramai mungkin penduduk untuk memaklumkan menerusi borang maklumat balik kampung yang boleh didapati di balai polis berhampiran dan di muat naik melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
“Ia bertujuan membantu polis membuat pemantauan kediaman yang ditinggalkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Menurut Yahaya, berdasarkan statistik Januari 2022 hingga Mac 2023, statistik kemalangan maut mencatatkan peningkatan sebanyak lima kes, kecederaan ringan meningkat 58 kes dan cedera parah didapati menurun satu kes.
“Peningkatan jumlah kemalangan adalah sebanyak 33 peratus. Ia secara keseluruhannya adalah seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.
“Ini kerana pada 2022, negara sedang berada dalam fasa keempat Pelan Pemulihan Negara yang mana masyarakat secara umumnya lebih berhati-hati dan kurang melakukan pergerakan keluar,” katanya. -CARI
Post time 11-4-2023 07:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
zamzam replied at 11-4-2023 07:03 PM
So 1 juta tu semua balik Kelantan ke?
Elok la kalau semua balik kelantan sbb i nak kena beraya utara ni laki ajak balik tgk nenek belah bapak
Sejak kahwin tak pernah pergi lagi
Tapi setakat yg i dengar utagha punya jem lagi teruk
Dah boleh rasa dah kebas bontot duduk dalam jem
Post time 11-4-2023 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sila siapkan plastik bising dlm kereta.
Utk kincing kalau jam. Jgn jadi mcm bini Pazli Muka Herot. Bini dia berak tepi highway pun dia post cerita dkt IG
Post time 12-4-2023 06:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi Utara byk rnr kan.. Kalau balik pantai Timur, klu stuck kt karak tu berjam2, nak tunggu smpi ke petrol pump nak menangis rasa, tu belum lagi kena queue panjang nak masuk toilet.