CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2857|Reply: 49

'Saya Tetap Sayang Mak Walau Dihalau & Diharam Susu Badan'

[Copy link]
Post time 11-4-2023 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohamad, 20, tidak pernah membenci ibunya biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang pernah diberikan kepadanya.

Malahan, pemuda yang juga penghuni paling lama di rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KKM) di Taiping, Perak itu tetap menyayangi insan yang melahirkannya.


Katanya, sejak keluar keluar dari rumahnya dia berlindung di rumah perlindungan itu lebih setahun lalu dan diberi layanan yang jauh lebih sempurna daripada keluarga sendiri.




"Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.


"Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya.


"Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.


"Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu," katanya ketika ditemui pada program jelajah sahur Taiping Medical Centre (TMC) bersama agensi kerajaan dan media, Sabtu lalu.


Mohamad berkata, dia dibawa ke rumah gelandangan itu oleh penduduk kampung pada 14 Januari 2022 dan tanggal itu akan sentiasa dikenang kerana hidupnya berubah dan serba serbi lengkap.


"Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.


"Apakan daya, mereka dah 'buang' saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya," katanya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.


Kongsinya, dia mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini menetap bersama ibu yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.


Katanya, sebelum ini sudah dua kali dia menyambut Syawal di rumah gelandangan dan reda dengan ketentuan Ilahi. - CARI




SUMBER: HARIAN METRO




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ko dik. Semoga ko berjaya dalam hidup. Orang kampung pun kesian dekat ko. Jangan pulak ko selesa sampai x nak cari kerja ya dik
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 11-4-2023 08:59 AM
Kesian ko dik. Semoga ko berjaya dalam hidup. Orang kampung pun kesian dekat ko. Jangan pulak ko sel ...

Dia kerja hotel kan? Ada tulis kat artikel tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:06 AM | Show all posts
sabar je la dik. nanti satu hari adik akan paham kenapa mak buat mcm tu, so bolehla abaikln je mak sampai la adik finally faham. masa adik kena hantar tahfiz umur 12 tahun tu pun sebenornya tanda2 makbapak tak nak bela, walaupun yg hantar anak2 masuk sbp.mrsm  akan ckp eh i hantar untuk masa depan anak2

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:07 AM | Show all posts
Moga adik ni berjaya dalam hidup dan dapat disatukan semula dengan emaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:10 AM | Show all posts
Hotel mana tu dek kat Tepen bole meolls datang melawat ..huhuuu sedih meollss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2023 09:12 AM | Show all posts
jarang2 mak halau anak...mesti ada sebab yg terlalu extreme ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:21 AM | Show all posts
rogayahtop replied at 11-4-2023 09:06 AM
sabar je la dik. nanti satu hari adik akan paham kenapa mak buat mcm tu, so bolehla abaikln je mak s ...

hahha..padahal sama je konsep nya kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 11-4-2023 09:03 AM
Dia kerja hotel kan? Ada tulis kat artikel tu

Termiss pulak. Kenapa laaa sampai nak haramkan air susu tu. Bukan hak mak pun nak haramkan susu yg sememangnya hak anak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:31 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan semua urusan dan dapat berbaik dengan mak semula
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:36 AM | Show all posts
takpe la dik... ko sabar aja ya... alhamdulillah dulu ko dapat sekolah tahfiz, mungkin segala ilmu yang ko dapat tu boleh menjaga ko dalam seharian ya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:41 AM | Show all posts
emak zaman sekarang tak sama zaman nabi nabi...dah tak ada syurga di telapak kaki ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
aku agak lepas keluar tahfiz tu memang mak pak dia tak masukkan ke sekolah menengah. pastu dah cukup umur 18-19 ditendang keluar. entah apa la salah budak ni sampai macam tu sekali kena buang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi tu la mak baru 30s dah ada anak 20 tahun. kawin awal kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 11-4-2023 09:12 AM
jarang2 mak halau anak...mesti ada sebab yg terlalu extreme ni

Mak dia kawin lain...then mmg dr kecik dah dihantar keluar dok tahfiz....
Pada adik ni....ko doa la kt mak hang dr jauh....sambil keje...sambung belajar..takpe la kayuh pelan2....tolong2 la org kt pusat tu...anggap la depa as part your family....besok hang berjaya hang try pi jumpa mak....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:57 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-4-2023 10:51 AM
Mak dia kawin lain...then mmg dr kecik dah dihantar keluar dok tahfiz....
Pada adik ni....ko doa l ...

sebab tu janda ada anak ramai ni susah nak cari pasangan pengganti...very few men nak bertanggungjawab ke atas anak tiri...ini realiti kehidupan...apetah lagi janda anak ramai...

lebih baik berpoligami dgn anak2 dara...di mana zuriat adalah dari satu bapa sahaja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 10:58 AM | Show all posts
rogayahtop replied at 11-4-2023 09:06 AM
sabar je la dik. nanti satu hari adik akan paham kenapa mak buat mcm tu, so bolehla abaikln je mak s ...

Dia cakap dihantar ke sekolah tahfiz SEHINGGA berumur 12 tahun, maknanya dah kena hantar sebelum tu lagi.. silap2 seawal umur 7 tahun.  Actually dalam orang yang aku kenal pun ada yang hantar anak pergi tahfiz way before 12 yrs old.  Nak kata miskin tak jugak, kerja swasta & guru.  Aku yang sekolah asrama ni pun rasa 12 yrs old still kecik utk duduk sendiri.  16 is a fair age.  Aku pun tertanya2 sebab, takkan malas nak jaga? Hantar sekolah tahfiz tak gerenti budak tu membesar jadi budak baik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 11:11 AM | Show all posts
Memang pun sekolah tahfiz tempat buang anak. Bebudak yang bermasalah untuk fit in mainstream. Bila terkeluar ayat tak halal susu tu adalah sebab yang tak boleh dicerita lu pikir lah sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 11:20 AM | Show all posts
masa anak iols belajar mengaji dekat satu tahfiz ni pun ada budak kecik2 lagi mcm 4 tahun mcm tu dah dok situ jadi tahfiz. 4 tahun apa la budak tu tau. budak tu tau mainnnn je. kesian iols tengok. iols tanya cikgu situ dia ckp mmg parents hantar. cikgu pulak orang pilipin. entah la. last2 i bentikan anak ai mengaji situ sb malas nak tunggu hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasih ibu sampi ke syurga kekdahnya ye. Itu sblm ibu tu dapat konek pak tiri ye dik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064022 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list