Video itu adalah daripada acara di McLeod Ganj, pinggir bandar Dharamshala di utara India, pada 28 Februari lalu.
"Beliau ingin memohon maaf kepada budak lelaki itu dan keluarganya, serta rakan-rakan di seluruh dunia, kerana kata-katanya yang mungkin melukakan hati," kata satu kenyataan yang disiarkan di akaun Twitternya yang disahkan.
"Beliau sering mengusik dan bergurau dengan sesiapa yang ditemuinya walaupun di khalayak ramai dan di hadapan kamera. Beliau menyesali kejadian itu,"katanya lagi.
Pengguna Twitter menyelar video itu, menyebutnya "menjijikkan" dan "benar-benar sakit" selepas ia mula menjadi tular pada Ahad.
Dalai Lama kekal sebagai wajah yang diiktiraf secara universal bagi gerakan untuk autonomi Tibet.

Sumber Times Now
Namun, perhatian global yang dia nikmati selepas memenangi Hadiah Keamanan Nobel 1989 telah malap dan jemputan untuk bergaul dengan pemimpin dunia dan bintang Hollywood semakin perlahan, sebahagiannya kerana pemimpin yang semakin tua itu telah mengurangkan jadual perjalanannya yang mungkin disebabkan oleh pengaruh ekonomi dan politik China yang semakin meningkat.
Beijing menuduhnya mahu memecah belah China, dan merujuknya sebagai "serigala berjubah sami".
Sumber: HARIAN METRO