CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Perlis] Azlan Man - laluan berliku dalam politik, rumah tangga

[Copy link]
Post time 10-4-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Azlan Man - laluan berliku dalam politik, rumah tangga


Oleh Aizat Sharif - April 10, 2023 @ 4:43pm bhnews@bh.com.my




Datuk Seri Azlan Man berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan bekas isteri, Sova Ali. - Foto NSTP




KANGAR: Lima pertuduhan membabitkan tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta hari ini bukan yang pertama dihadapi Datuk Seri Azlan Man, sebaliknya beliau turut berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan bekas isteri, Sova Ali, 40.

Sova yang dikahwini Azlan pada 2010 memfailkan dua tuntutan mutaah dan nafkah berjumlah RM15.34 juta pada November tahun lalu, susulan tindakan bekas Menteri Besar Perlis itu menceraikannya tanpa sebab dan tanpa kebenaran mahkamah.

Azlan dan Sova yang juga wanita warga Indonesia sah bercerai talak satu pada 25 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selepas melayari bahtera perkahwinan selama 12 tahun.

Jelas sekali, perjalanan dilalui Azlan cukup berliku. Bukan sekadar kehidupan peribadi, malah laluan mencabar turut ditempuhi beliau dari segi politik sejak mula melangkah ke dunia itu pada 2013, meninggalkan dunia pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang dilaluinya sejak 1983.

Azlan yang memiliki kelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver di Amerika Syarikat (AS) pernah bertugas sebagai Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985, selain Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992 dan Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke PBB di AS pada 1999.

Pada 2003, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi Setiausaha Bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar, selain memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam pada 2011.

Dua tahun kemudian beliau mengambil keputusan menamatkan kariernya di sektor perkhidmatan awam dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Keputusan itu membuahkan hasil apabila beliau menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh dan dilantik Menteri Besar Perlis ketujuh.

Pelantikan itu bagaimanapun mencetus kontroversi ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis masih dibayangi legasi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.



Datuk Seri Azlan Man (kiri) bersama bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyampaikan baucar BR1M 3.0 kepada penerima di Dewan Warisan, Kangar, pada Mac 2014. - Foto fail NSTP

Ketika itu, Shahidan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis mendakwa adiknya, Datuk Ismail Kasim yang memenangi kerusi DUN Tambun Tulang sudah mendapat suara majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Kemelut berakhir apabila Azlan dilantik sebagai Menteri Besar Perlis, namun kemelut tidak pernah berakhir sehinggakan Perlis digambarkan diterajui dua kepala - Azlan selaku teraju kerajaan negeri, manakala Shahidan masih kuat mempengaruhi parti.

Ia mencetuskan krisis dalaman dalam hubungan Azlan dan Shahidan yang dilihat tidak 'sekepala'. Shahidan lebih mendominasi gerak kerja UMNO Perlis dan Arau selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua UMNO Bahagian Arau, manakala Azlan hanyalah sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri dan Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Azlan menjadi ADUN Pauh antara 2013 hingga 2018, sebelum beralih ke DUN Bintong. Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).



Datuk Seri Azlan Man hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar. - NSTP/Syaharim Abidin

Hari ini, bekas Menteri Besar Perlis itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta antara 2013 hingga 2017 ketika mentadbir negeri itu.

Azlan hanya mengangguk faham dan minta bicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Dalam pertuduhan itu, Azlan didapati dengan niat menuntut kemudahan cuti seberang laut yang layak diberikan kepadanya sebagai Menteri Besar Perlis, bagi tempoh bermula 2013 hingga 2017 sedangkan tidak ada sebarang perjalanan itu oleh beliau.



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) menunjukkan buah mempelam Harumanis yang diterima daripada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada majlis Jamuan Makan Tengah hari Bersama Rakyat Perlis di Dewan 2020, Kangar, pada Mei 2015. Turut hadir Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri). - Foto fail NSTP





sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.315928 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list