View: 1510|Reply: 21
|
Pelancong Luar Dakwa Kena Scam RM120 Gunting Rambut
[Copy link]
|
|
Pasangan pelancong dari Filipina dan England meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj gunting rambut melampau sehingga mencecah RM120 di sebuah premis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Berdasarkan video dikongsikan pada TikTok Zoe&Czar, kedua-dua pasangan tersebut bertanyakan kepada pengguna media sosial rakyat Malaysia sama ada mereka telah terkena scam susulan harga dikenakan itu terlampau mahal.
Menerusi pemerhatian wajah dan gaya percakapan bahasa Inggeris lelaki yang juga tukang gunting rambut tersebut, jelas menunjukkan dia bukan rakyat negara ini.
“Czar (pelancong lelaki Filipina) gunting rambut dan papan tanda iklan di luar premis menunjukkan harga bermula RM19. Kemudian, tukang gunting rambut beritahu harga ialah RM120.
“Kami juga terdengar dikatakan ada orang luar yang dikenakan caj gunting rambut sehingga RM250,” katanya menerusi penerangan pada video tersebut.
Berikutan tidak berpuas hati dengan harga itu, mereka turut bertanya dengan dua rakyat tempatan dan diberitahu rata-rata harga tidak lebih RM50 di kawasan Bukit Bintang.
“Mereka maklumkan harga tak lebih daripada RM50, kami tanya orang tempatan yang memberitahu, tidak sepatutnya melampau macam itu,” katanya.
Dalam pada itu, Czar memberitahu, harga RM120 itu lebih mahal daripada yang di bayar bagi perkhidmatan gunting rambut di United Kingdom.
Malah, Zoe yang juga pelancong wanita warga England pula berkata, tindakan tukang gunting rambut tersebut mengenakan caj melampau memberikan pandangan buruk terhadap Malaysia.
“Satu benda yang dia buat mungkin memberi kesan kepada kami untuk datang lagi ke sini. Bagaimanapun, kami bertuah sebenarnya banyak aspek dan elemen baik di sini dan kami sukakannya,” katanya.
Sementara itu, perkongsian video tersebut mendapat maklum balas daripada pengguna TikTok rakyat Malaysia yang menasihati mereka supaya berwaspada daripada terkena scam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: KOSMO! ONLINE, TIKTOK ZOEANDCZAR
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya...akak rebonding rambut pun dah RM500++ |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit bintang pun
Len kali nak gunting rambut naik lrt mrt masuk taman perumahan |
|
|
|
|
|
|
|
iols nk gi buat facial pun pikir 10 kali weh.. byk cita iols dengar paksa amik itu ini, last2 D.I.Y kt rumah je |
|
|
|
|
|
|
|
bukit bintang kawasan scam. org melayu pun selalu kena scam dgn pak arab sana apatah lagi tourist |
|
|
|
|
|
|
|
Hokayy ….
Salon Areb tingkat atas area nasi ayam hailam tu keew? Tu mmg local x pergi .. dah knp ko serah tengkuk utk disembelih mamat lebanon.. syria? |
|
|
|
|
|
|
|
Meols tertengok video ni tadi.
Yg nyata nyehhhh, yg si tokang gonting tu, Arobbbb yaaaa. Entah suku sakat mana tah. Lebanon ke, Iranian ke, Syrian ke aku taktau. Tapi yg nyata, bukan Malaysian.
Ibarat mcm kita lah. Katakan kita pegi Sydney. Then pegi potong rambut. Pegi Salon apek kongkang. Lepas tu apek tu charged kita $120. Adakah kita akan buat video kata Australian peepurr cheated us??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Momohizan at 10-4-2023 07:10 PM
Arob jahanam ni makin membiak pulak kat Malaysia. Bukak business gajikan rakyat Malaysia, haramjadah EPF, SOCSO semua taknak bayar. Pastu hire refugees geng2 dia. Dah la bau unta busuk hamis. Semak sial |
|
|
|
|
|
|
|
Seee!!! Terbukti yg warga asing pendatang ni yg scam pelancong justeru itteww nama Malaysia pung kena tempias busok |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia khenn lubok scam. Sedangkan ummah ibu pertiwi pun kena memacam jenis scam love scam la, macau scam la, lhdn scam la, dan bermacam scam puaka lagikkk, apalah sangatt nak dibandingkan dengan pelancong luar datang ke mari yg kena scam ha gaytohhhh!
 |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah viralkan..satu lagi kedai kebab popular kt BB yg selalu bagi short change...ada tertengok video recently |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 10-4-2023 08:08 PM
Eloklah viralkan..satu lagi kedai kebab popular kt BB yg selalu bagi short change...ada tertengok vi ...
Areb ni suka scam ya x kira berada kat mana…time SG pegi umrah kat madinah n mekah. 1 peel diorg yg SG perasan depa suka lambat bg baki duit lepas kita bayar… SG lepas bayar (biasalah guna notes besar, sbb money changer malaysia xde duit kecik), dia akan oegang duit kita sampai kita lupa tau…so SG lepas bayar, akan keep on cakap baki baki baki…sampai dapat. Sebut baki tu skali amaun baki tau… sbb depa ni akan buat2 lupa dan akan bagi baki yg kurang…so hati2
Kalau boleh bagi ngam2 je duit tu..or bila bayar, keep on remind penjual amount baki berulang2 sampai dapat…kadang tu mcm minta sedekah duit sendiri tau |
|
|
|
|
|
|
|
Bior dia canang ke seluruh alam..bior Msia dpt nama buruk...udah gomen pung bagi warga asing buat MSIA BOLEH sukati bapak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Mamah tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya...
My husband kalau kata nak balik malaysia sanggup tak potong rambut cukur misai jambang..
Dah cam homeless datang Malaysia,
sebab fav dia, pergi kedai gunting rambut..
So far tak pernah kena tipu.. Sebab bini ikut sama |
|
|
|
|
|
|
|
dasyatnya. xpepasei nama malaysia plak buruk. dah hantar org tu balik negara diaa |
|
|
|
|
|
|
|
barber biasa rm120 mahal lah.
tp hair cut salon meols selalu pergi harga standard lah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ckp kat msia, kat mekah pun kena scam. Nak botak kepala pun harga lain2 diorg caj. Sama je mana2 pun, kena tanya harga dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 11-4-2023 06:40 PM
Arob bangsa suci keturunan nabi pujaan bani melayu pun kaki scam??
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 11-4-2023 06:25 PM
Arob bangsa suci keturunan nabi pujaan bani melayu pun kaki scam??
Yahudi pun takde pangai bangsat ...
Ckp cam orng pernah kwan ngn yahudi jer.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|