View: 214|Reply: 0
|
Anjing Ketagih Alkohol Selepas Kematian Pemilik
[Copy link]
|
|
Seekor Labrador di Plymouth, barat England, dilaporkan ketagihan alkohol selepas kematian pemiliknya, terpaksa menjalani rawatan.
Woodside Animal Welfare Trust menerusi Facebook memaklumkan anjing jantan berusia dua tahun itu, Coco, tiba di pusat berkenaan dalam keadaan tidak sihat dan kerap diserang sawan.
 FB
Coco terpaksa diberi ubat bius selama empat minggu untuk merawat gejala ketagihannya.
Walaupun pada awalnya doktor tidak meramalkan ia mampu sembuh, Coco menunjukkan pemulihan luar biasa dan kini tidak lagi perlu mengambil ubat.
"Secara fizikal ia nampak telah pulih, tetapi dari segi mental ia masih terganggu dan mudah berasa cemas," kata jurucakap Woodside Animal Welfare Trust, sebuah badan amal penempatan haiwan di Plymouth.
Coco dikatakan mula ketagih alkohol selepas pemiliknya meninggalkan minuman itu terdedah sebelum masuk tidur, lapor akhbar The Telegraph.
"Tiada siapa yang tahu secara spesifik bagaimana anjing boleh mengalami masalah dengan alkohol, tetapi kami tahu jika terlewat diselamatkan, Coco mungkin tidak ada lagi bersama kita," kata badan amal itu.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
| |
|