View: 271|Reply: 2
|
Isteri Mengidam Pelik-Pelik-Teringin Nak Tukar Matawang Asing, Bau Asap Bakar Sampah
[Copy link]
|
|
Seorang isteri hamil 'mengidam' menukar matawang asing.
Suami wanita berkenaan Mohammad Fadhil Yaziz berkata, isterinya kini hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki empat bulan.
Permintaan isterinya itu bagaimanapun bukanlah yang pertama kali sejak disahkan hamil.
 Foto: mStar
"Mula-mula isteri hanya mengidam makanan, macam-macam yang hendak dimakannya. Saya okay je. Minggu lepas tiba-tiba isteri tanya saya ada duit negara lain tak?
"Saya tanya kenapa? Isteri kata dia teringin nak pergi tukar duit tu, tukar matawang asing kepada Ringgit Malaysia... saja nak tukar-tukar," katanya kepada mStar.
Menganggap permintaan tersebut sebagai pelik, dia yang lebih mesra disapa Fadil pada mulanya tidak melayan kehendak isterinya yang berusia 25 tahun itu.
"Sudahnya dia merajuk sampai nak menangis. Nak dijadikan cerita, saya kebetulan ada simpan duit dolar Singapura dalam dompet.
"Duit tu baki daripada perbelanjaan saya semasa bertugas dalam bidang penyelengaraan di Singapura selama sebulan sebelum pandemik Covid-19 pada 2020.
"Saya simpan duit dolar Singapura dalam dompet, tapi selama ini tak pernah teringat untuk tukar duit tu," ujarnya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.
Kini bekerja dalam bidang penyelenggaraan di sebuah kilang di Johor, dia turut menyimpan matawang Vietnam (Vietnam Dong), yang diperoleh sewaktu melancong ke negara itu sebelum ini.
"Tapi baki duit Vietnam itu nilainya rendah sangat. Tak ada nilai pun kalau tukar di money changer (pengurup wang). Saya masih simpan 22 dolar Singapura (RM72).
"Nasib baik saya simpan dalam dompet sebab masa tu kami di luar. Kalau tidak, satu hal nak kena balik rumah pergi ambil duit," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2022.
Mengulas lanjut, kata Fadil, jelas terpancar kegembiraan pada wajah isterinya sebaik keluar dari kedai pengurup wang.
"Mula-mula isteri gembira, masuk kereta tanya kenapa selepas tukar hanya dapat kira-kira RM60 je? Iyalah, dah cuma ada 22 dolar Singapura je, bukannya beratus.
"Selepas tu dia menangis, saya pula kena bebel. Walau bagaimanapun duit tu pun dah selamat dibelanjakan," ujarnya secara berseloroh.
Selain menukarkan matawang asing kepada Ringgit Malaysia, Fadil berkata, isterinya yang disifatkan sebagai manja dan sensitif itu juga 'mengidam' pelbagai perkara lain.
"Baru-baru ini isteri nak bau asap orang bakar sampah. Jadi nampak je orang bakar sampah masa jalan-jalan, saya buka tingkap kereta bagi dia bau.
"Terbaharu, isteri nak moreh sambil tengok bunga api. Kebetulan ada orang main bunga api masa kami moreh dekat Danga Bay di Johor Bahru.
"Tukar duit yang paling pelik setakat ini. Saya okay selagi benda mengidam tu tak melanggar hukum agama dan boleh ditunaikan untuk membahagiakan isteri," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak komen maki-makian, teringat ni bulan puasa je. |
|
|
|
|
|
|
|
Iya laaaahh. Tahan lapar dan dahaga nihhh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|