View: 460|Reply: 10
|
Beri Pengampunan Penuh Pada Pengguna Dadah Ringan - Masac
[Copy link]
|
|
Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (Masac) menyarankan agar kerajaan mewujudkan lembaga keampunan khas bagi bekas-bekas pengguna dadah sebagai peluang kedua.
Setiausahanya Raja Azizan Suhaimi berkata pihaknya berharap pengampunan penuh automatik dan pembersihan rekod kesalahan diberikan kepada bekas penagih yang menjalani hukuman dan pemulihan serta dijamin bersih dalam tempoh lima tahun.
"Negara kita mempunyai jumlah bekas pengguna bahan terlarang termasuk dadah yang ramai, berjumlah puluhan ribu sejak penggunaan dadah dijadikan satu kesalahan di Malaysia.
"Mereka yang pernah terlibat dengan masalah pengambilan dadah ini, ramai yang sudah insaf apabila dihukum dan mempunyai sokongan rakan pemulihan agar mereka kekal pulih dan tidak kembali kepada pengambilan dadah.
"Mereka ini sungguhpun cekal dan menguatkan hati untuk tidak kembali ke kancah dadah berdepan kesukaran mendapat peluang pekerjaan kerana mempunyai rekod sebagai bekas pengguna dadah yang pernah dihukum penjara atau denda," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Masac berharap kerajaan membantu golongan berkenaan agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa sebarang stigma dan prejudis masyarakat.
 Sumber FB Masac
Sehubungan itu Raja Azizan berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim menetapkan satu arahan pentadbiran agar bekas pengguna dadah yang sudah bersih secara automatik diberi pengampunan penuh dan data mereka bebas daripada rekod hukuman.
"Ini kerana banyak kes pengguna dadah yang pernah dihukum kerana ambil dadah atau memiliki dadah penggunaan sendiri dengan jumlah kecil terus punah kehidupannya dari sudut kerjaya, sedangkan mereka ini mempunyai latar belakang hebat dari segi pendidikan dan kerjaya,” katanya.
Tambahnya, bekas pengguna dadah juga boleh memenuhi tawaran kerja bagi sektor yang sering diisi oleh tenaga kerja warga asing.
Pekerja asing sendiri, katanya, mungkin tidak disaring dengan benar-benar teliti dalam isu rekod penggunaan dadah.
Sumber: MALAYSIAKINI |
|
|
|
|
|
|
|
So they can return to community and repeat offense |
|
|
|
|
|
|
|
nak tahu lah, pengampunan ni cuma ada kat malaysia je eh ??
dan, tak ke terbazir semua masa mahkamah buat prosiding bagai, akhirnya kena ampun ? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lagi layak dpt pengampunan golongan mcm ni ke atau geng politik mcm anwar n najib? |
|
|
|
|
|
|
|
ala setakat kena ganja, ketum boleh la di ampun,
jgn pekena ais syabu, ectasy , perangai hauk,
tp dadah tu la yg mahal, ramai anak orka kena, sebab tu nak pengampunan ma,..
keluar boleh berbakti kepada pengedar dadah dan pengambil rasyuah pula |
|
|
|
|
|
|
|
ditangkap..untuk diampun..perabeh beras jer...melainkan...itu..'acara kejar mengejar sama pak polisi...sbg satu senaman'... |
|
|
|
|
|
|
|
alah susah2 sangat bagi jelah pengampunan diraja atau bukan diraja kat semua banduan. biar le apa nak jadi. lepas sorang, sorang lagi minta pengampunan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la Umngok.. nak ampon ketua korang sekarang semua minta diampon!  |
|
|
|
|
|
|
|
Mesej apa kita nak bagi kepada masyarakat apabila mengampunkan peliwat bersiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal aku baca orang dadih ni susah nak pulih?? Macam jauh nau lagi la nak diampun. Daripada vaganja ke dadah sintetik pun menimbun. Logik ke nak diampun??? Pi tengok kat US Oregon, authority kesihatan sana spend 300 juta USA untuk servis pendadih yang ketagih. Looser duit tax, duit medical, peruntukan untuk kesihatan sebab addiction drug!!!! Tolong le jangan. Makin ramai le yang nak menjual najis dadih ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|