View: 305|Reply: 0
|
Upacara Lebih Sederhana, Raja Charles III Ambil Jalan Lebih Dekat Hadiri Istiadat Pertabalan
[Copy link]
|
|
Menjelang hari pertabalannya, Raja Charles III bercadang mengambil jalan lebih dekat menuju ke Westmintser Abbey bagi menghadiri istiadat berkenaan, berbeza daripada jalan perarakan diambil bondanya, Ratu Elizabeth II pada 1953.
Perkara itu dimaklumkan Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Ahad.
 IG
Selain itu, Raja England berkenaan akan mengadakan upacara lebih sederhana termasuk beberapa langkah lebih moden.
Charles dan Camilla dijadual meninggalkan Istana Buckingham dengan menaiki Diamond Jubilee State Coach berwarna hitam dan ditarik oleh kuda yang dibina khas untuk ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth.
Walaupun upacara yang dijadual diadakan pada 6 Mei nanti akan menyantuni tradisi turun-temurun termasuk penggunaan alat kebesaran diraja, ia turut disertai emoji tersendiri.
Upacara tersebut turut menjadi yang pertama dalam era media sosial.
Istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II merupakan yang pertama disiarkan melalui televisyen 70 tahun lalu.
Walaupun perjalanan upacara itu dipendekkan kepada hanya 2 kilometer, ia tetap akan melalui Admiralty Arch dan kemudian ke Trafalgar Square serta bangunan Parlimen sebelum tiba di Westmintser Abbey pada jam 11 pagi.
Sumber: AWANI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|