CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

Ibu Tertekan Buat Kerja Rumah Campak Bayi 10 Bulan Dalam Sungai Kerana Asyik Menangis

[Copy link]
Post time 10-4-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Mayat seorang bayi lelaki berusia 10 bulan ditemui terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang selepas dicampak ibunya berusia 38 tahun pada 3 April lalu.


Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Sigit Dany Setiyono berkata, wanita itu tergamak bertindak demikian kerana tidak tahan mendengar tangisan bayinya setiap hari selain tertekan akibat keletihan melakukan kerja rumah ditambah faktor ekonomi.




Tribun Medan




"Ia juga disebabkan oleh ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi," tambah Sigit dipetik mStar dari TribunMedan.


Suspek mendakwa anaknya itu menangis tanpa sebab yang jelas menyebabkan dia geram dan marah sehingga terdengar 'bisikan' untuk membuang anaknya ke dalam sungai.


Suspek bagaimanapun tersedar selepas mencampak bayinya ke dalam sungai dan cuba menyelamatkan mangsa, namun air semakin deras dan anaknya terus dihanyutkan.


Tambah Sigit, hasil pemeriksaan atau penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya, suspek didapati sihat dari segi psikologi dan boleh menjawab soalan.




Tribun Medan




Bagi kesalahannya itu, dia berdepan akta perlindungan kanak-kanak dan boleh dihukum penjara 15 tahun jika sabit bersalah. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.773391 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list