CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Perlis] KPDN Perlis tumpaskan aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi

[Copy link]
Post time 9-4-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

Farah Adlina dan penguatkuasa KPDN Perlis sedang meneliti bekalan diesel yang dirampas di sebuah stor pemborong diesel di Kawasan Perindustrian Padang Besar. - Foto NSTP/Aizat Sharif

PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan rampasan sebanyak 26,000 liter bahan api itu yang dianggar bernilai RM55,900 di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri KPDN Negeri Perlis, Farah Adlina Ropaie, berkata rampasan itu dibuat menerusi 'Ops Tiris' bersama Polis Diraja Malaysia di sebuah premis pemborong minyak diesel di sini, kira-kira 1 tengah hari.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, pemilik premis berkenaan yang berusia dalam 40-an didapati gagal menyelenggara atau mengemaskini buku stok barang kawalan (minyak diesel bersubsidi).

"Malah, bekalan juga disyaki diperolehi daripada pembekal yang meragukan berlainan daripada pembekal yang sudah berdaftar untuk membekalkan diesel ke premis berkenaan.


"Hasil semakan ke atas buku stok berkenaan mendapati, bekalan diesel ini dijual secara tidak sah kepada kenderaan perseorangan berpendaftaran Thailand pada hal ia sepatutnya dijual kepada kenderaan industri," katanya kepada media di Kawasan Perindustrian Padang Besar, di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati pemilik premis berkenaan sudah lapan tahun beroperasi di kawasan berkenaan.

"Namun, disyaki dia mula menjalankan kegiatan ini sejak setahun lalu dengan memperolehi bekalan diesel daripada pemborong di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

"Susulan itu, sebanyak 26,000 liter minyak diesel bersubisidi dan dokumen berkaitan disita untuk siasatan lanjut," katanya.

Farah Adlina berkata, pemilik atau pemborong diesel dan petrol berlesen wajib menyelenggara atau mengemaskini urusan buku stok barang kawalan dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenalan tindakan mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Sementara itu, tujuh kes penyelewengan diesel dan petrol direkodkan berlaku sepanjang 'Ops Tiris' semenjak 1 Mac lalu.

"Dari kes berkenaan, tujuh suspek termasuk seorang warga Thailand ditahan membabitkan rampasan berjumlah RM166,602.

"Kita turut melaksanakan 61 pemeriksaan di bawah ops ini yang merangkumi stesen minyak, pemborong diesel, pemegang permit barang kawalan berjadual, pemegang permit lhas, kuari dan Persatuan Nelayan kawasan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... k-diesel-bersubsidi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062450 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list