CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 1

Faizal Hussein Tak 'Demand'

[Copy link]
Post time 9-4-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon senior, Faizal Hussein, 56, mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran untuk menjayakan video berkonsepkan iklan raya sebuah jenama terkemuka baru-baru ini kerana bayarannya tidak berbaloi.


Menurut Faizal, dia bukannya 'demand' atau meletakkan harga yang tinggi untuk setiap video iklan raya yang dijayakannya.






"Saya tolak tawaran dari buat video iklan jenama makanan bertaraf antarabangsa itu kerana harga yang ditawarkan lebih rendah dari jenama tempatan.


"Bagi saya cara itu tidak betul dan kita perlu mengajar mereka. Contohnya, jika jenama tempatan bayar saya sehari RM10,000, takkanlah jenama bertaraf antarabangsa itu bayar saya harga yang sama dan sepatutnya perlu lebih tinggi dari itu,"katanya kepada Harian Metro.


Ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather yang berlangsung di sebuah hotel, Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi, Faizal berkata, dia juga banyak buat iklan raya yang menggunakan platform media sosial sebelum Ramadan lagi.


"Sebenarnya, trend ramai artis yang buat iklan raya di platform media sosial ini sudah bermula sejak beberapa  tahun lalu.


"Apa yang penting, mesej yang hendak disampaikan menerusi iklan itu pada penonton seperti kasih sayang, bapa yang sudah lama tidak bertemu dengan anaknya dan sebagainya,"katanya.





Mengulas mengenai video iklan rayanya yang memilih pakaian bersama isteri, Suhaila Sulaiman,44, di sebuah gedung pakaian terkenal yang tular dan mencuri perhatian warganet pula, kata Faizal, ia adalah video yang dijayakannya dua tahun lalu.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik juga bininya. Sesuai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036059 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list