
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah merakam kenangan di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang, hari ini. - Foto Facebook ISTANA NEGARA
GEORGETOWN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menuruni kenderaan rasmi untuk bergambar di mercu Jambatan Kedua Pulau Pinang, hari ini.
Baginda berdua dalam perjalanan berangkat ke daerah Kepala Batas, Pulau Pinang.
Yang di-Pertuan Agong dijadual menyempurnakan majlis perasmian Masjid Jamek Ar-Rahmani, Kampung Banggol, Kepala Batas.
Raja Permaisuri Agong pula menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas.
Pada petang hari ini, Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat ke majlis sambutan Nuzul al-Quran dan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Negeri, Pulau Pinang.
Baginda berdua berada di Pulau Pinang dalam lawatan tiga hari, bermula semalam.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang. - Foto Facebook ISTANA NEGARA
sumber