View: 5827|Reply: 214
|
Doktor On Call Dapat RM9 Sejam, Lagi Rendah Dari Upah Pekerja Sambilan Restoran Kopi?
[Copy link]
|
|
Tidak berbaloi untuk pegawai perubatan di hospital kerajaan bekerja sehingga 32 jam jika kadar elaun ‘on-call’ diberikan hanya RM9 sejam.
Malah, bayaran elaun itu adalah lebih rendah berbanding ‘upah’ melebihi RM10 sejam yang diterima pekerja sambilan di rangkaian restoran minuman kopi premium.
Seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr. Hanim berkata, ketika ini nisbah seorang doktor ‘on-call’ dengan jumlah pesakit yang perlu dipantau sekitar 40 orang.
 Gambar hiasan
Menurutnya, nisbah itu menunjukkan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung begitu berat dan kadar elaun yang diberikan tersebut tidak munasabah sama sekali.
“Pada saya ia (elaun itu) tidak setimpal. Bayangkan seorang pegawai perubatan yang ‘on-call’ perlu menjaga antara 30 hingga 40 pesakit di dalam beberapa wad.
“Bagaimanapun, ada wad yang mempunyai bilangan pesakit yang lebih daripada jumlah ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dr. Hanim memberitahu, jika terlibat dengan ‘on-call’, pegawai perubatan kebiasaannya perlu bekerja sehingga 32 jam.
“Jika hari biasa, pegawai perubatan perlu bertugas dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, tetapi pada hari ‘on-call’, mereka bekerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari pada keesokan harinya iaitu selama 28 jam.
“Cuma sesetengah jabatan terpaksa bertugas sehingga 5 petang keesokan harinya (selama 32 jam), manakala dalam sebulan, perlu ‘on-call’ sekitar enam kali bergantung kepada jumlah pegawai perubatan dalam jabatan.
“Bagi jabatan yang tidak mempunyai pegawai perubatan mencukupi, kami perlu ‘on-call’ dengan lebih kerap lagi,” ujarnya.
Seorang doktor pelatih dikenali sebagai Dr. Faizal pula memberitahu, dia dan rakan sejawat lain adakala terpaksa bekerja sehingga 78 jam seminggu.
“Kami perlu kerja dari pukul 7 pagi hingga pukul 7 atau 9 malam, manakala sehingga 10 malam bagi tempoh tagging (digandingkan bersama doktor pelatih kanan atau pegawai perubatan).
“Jumlah jam kerja mestilah sekurang-kurangnya 60 jam seminggu. Ada antara kami yang pernah bekerja sehingga 78 jam seminggu.
“Berkaitan cuti kematian pula, saya difahamkan bahawa kami hanya boleh mengambil cuti kecemasan sehingga tiga hari.
“Saya tidak pasti pula ia sama atau tidak dengan hospital lain atau jabatan yang mempunyai kekurangan pegawai perubatan,” ujarnya.
Katanya, isu beban kerja berlebihan dan bayaran tidak setimpal perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan lebih ramai doktor yang cemerlang dalam perkhidmatan berhenti atau berhijrah ke luar negara yang menawarkan gaji serta elaun lebih tinggi.
“Ada antara kami juga yang perlu buat kerja luar contohnya sediakan katil pesakit, buat prosedur-prosedur kecil dan hantar pesakit ke jabatan lain.
“Namun, pada masa sama, kami juga perlu berdepan dan menjaga lambakan pesakit di wad, sedangkan perkara-perkara seperti itu boleh dilakukan oleh jururawat atau penolong pegawai perubatan.
“Ini adalah antara isu yang menyumbang kepada burnout rakan sejawat dan pegawai perubatan lain yang mendorong mereka berhenti kerja dan ada yang telah berhijrah ke negara lain,” katanya.
Baru-baru ini di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kadar elaun ‘on-call’ RM9 kepada pegawai perubatan masih sesuai.
Beliau menjelaskan, ia diukur dengan penetapan kadar mengikut hari tugas jam berbanding kadar elaun lain diterima perkhidmatan lain.
Pada 30 Januari lalu, Kosmo! juga melaporkan industri perubatan di Malaysia bakal berdepan dengan isu kekurangan kakitangan apabila ramai doktor muda memilih luar negara sebagai tempat mencari rezeki.
Antara alasan mereka iaitu sukar mengembangkan cita-cita sebagai pakar sepanjang berkhidmat di negara ini selain isu gaji, elaun, buli dan sistem kontrak yang tidak jelas.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
County hospital yang tidak busy maybe ok.. Charge RM 9 untuk on call...
Tetapi aku kasihan juga Dr Dr ini belajar teruk... Intern teruk... Di bayar sikit....
Juga misi kerja teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
eh kawan iols keje KK kata dpt rm80/sejam kalau OT.... xkan on call rm9/sejam ??? bio betik |
|
|
|
|
|
|
|
ape kehalnya byrn sikit...ingat sng ke nk dpt jd doktor kau byr sikit |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg geng2 kontrak ke? i ingat rate oncall ikut gaji pokok semasa.. ada kiraan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pon.. lebih kurang setaraf dgn kerja kat mekdi-kepsi. Itu pon netizen bising dokter ni ngada² laa.. apabala laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 7-4-2023 03:04 AM
eh kawan iols keje KK kata dpt rm80/sejam kalau OT.... xkan on call rm9/sejam ??? bio betik
Heshe doktor pakar kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 7-4-2023 03:01 AM
County hospital yang tidak busy maybe ok.. Charge RM 9 untuk on call...
Tetapi aku kasihan juga Dr ...
Iya kesian.
Takda sapa dengar luahan meka. Deols either have to suck it up or leave - 2 ja pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 7-4-2023 11:04 AM
eh kawan iols keje KK kata dpt rm80/sejam kalau OT.... xkan on call rm9/sejam ??? bio betik
OT tu mmg RM80/jam sistah.......Yg oncall tu ikut jabatan lah, ada yg stay rumah jer kalau xder kes, dtg tgk kes bila ada..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 7-4-2023 11:01 AM
County hospital yang tidak busy maybe ok.. Charge RM 9 untuk on call...
Tetapi aku kasihan juga Dr ...
OK jer bayaran sekarang ni, dulu RM100 jer sehari oncall....Now dah naik double, RM200 sehari |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya potong je pencen Dan elaun ahli2 parlimen ni. Dorang yg bnyk makan duit negara sbnrnya bkn penjawat awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 7-4-2023 11:01 AM
County hospital yang tidak busy maybe ok.. Charge RM 9 untuk on call...
Tetapi aku kasihan juga Dr ...
Sbb kena study giler2, lps tu intern pun sama, lg kena on call slalu...sbb2 nie lah meols tak kasi adik meols amik medic... |
|
|
|
|
|
|
|
Lu takmo....bangla,nepal,myanmar,indon...ada maaa.....Gomen..tak..nak pakai ke 'falsafah kapitalis ni' (yg korang jugok benarkan)??????? Bila nak amik 500k warga asing tuk jad doc,nurse kt negara kita???  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by iolss at 7-4-2023 01:48 PM
hmmmm nk gaji mahal g swasta la. apa ddk lagi kt situ. gaji x setara dgn servis.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg status kontrak camne pula ye? sbb dgr yg byk merungut ni status kontrak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dorang tak nak terima jawatan tetap takde pencen?
KWSP pun ok kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 7-4-2023 11:04 AM
eh kawan iols keje KK kata dpt rm80/sejam kalau OT.... xkan on call rm9/sejam ??? bio betik
Kk mna tu? Kayanya misi tu.. i dulu 150 utk double shift |
|
|
|
|
|
|
|
Xberbaloi gaji rendah .nnt KKM gak rugi kalau doktor2 ni lompat ke private yg sah2 offer berganda2..bila kekurgan doktor,pihak gomen gak yg rugi..ape yg berkira sgt tu nak byr gaji doktor.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|