CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Perlis] Anwar, Dr Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya

[Copy link]
Post time 6-4-2023 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Anwar, Dr Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya


April 6, 2023 @ 8:08pm



Tuanku Syed Sirajuddin menjalani pembedahan kaki Sabtu lalu. - Foto Facebook ANWAR IBRAHIM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar.

"Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, Insya-Allah," kata Perdana Menteri.

Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lalu memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin selamat menjalani pembedahan membaik-pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jaya pada 6.40 petang. - BERNAMA



Kakitangan hospital merakam kenangan bersama Anwar, Dr Wan Azizah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Facebook ANWAR IBRAHIM


sumber





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list