CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Sarawak] Kanak-kanak dipelawa Uji Bakat Bintang Kecil 2023 di Miri hujung minggu ini

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode


Kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dipelawa menyertai Uji Bakat Bintang Kecil 2023 di Bintang Megamall Miri pada 8 dan 9 April ini.

MIRI: Warga Miri khasnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak berbakat dalam bidang nyanyian dipelawa membawa mereka menyertai Uji Bakat Bintang Kecil 2023, hujung minggu ini.

Urus setia uji bakat tersebut Norliza Yusup berkata, ia akan diadakan pada 8 dan 9 April ini, jam 10 pagi hingga 4 petang di Bintang Megamall Miri.

“Bintang Kecil 2023 anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berusia tujuh hingga 12 tahun yang lahir dari tahun 2011 hingga 2016.

“Peserta juga hendaklah membawa satu salinan asal sijil kelahiran atau MyKid berserta sekeping gambar,” katanya di sini pada Rabu.

Menurutnya, para peserta juga perlu membawa ‘minus one’ sendiri dalam bentuk CD atau pemacu pena semasa uji bakat kelak.

Namun demikian, bekas Johan Bintang Kecil Kebangsaan tidak layak untuk menyertai Bintang Kecil 2023.

Peserta Bintang Kecil yang terpilih dari Zon Sarawak, Sabah, Semenanjung dan peserta jemputan dari Kalimantan Barat (KalBar) Indonesia, Brunei dan Singapura akan berentap di Kuching untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

Tambahnya, Sape Junior 2023 turut diadakan pada tarikh, masa dan venue yang sama.

Penyertaan uji bakat Sape Junior 2023 terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun iaitu mereka yang lahir antara tahun 1998 dan 2005.

Mereka dikehendaki membawa satu salinan kad pengenalan atau pasport dan bukti asal dokumen berserta satu keping gambar berukuran pasport semasa sesi uji bakat kelak.

Peserta juga perlu membawa alat muzik sape sendiri semasa uji bakat.

Individu yang pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

Peserta Sape Junior 2023 yang terpilih akan berentap pada peringkat negeri di Kuching yang dijadualkan pada tahun ini juga.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia Bintang Kecil 2023 dan Sape Junior 2023 menerusi talian 082-248422 sambungan 249.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list