CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 2

[Sarawak] Jumlah kerugian, mangsa ribut di Sibu sedang diteliti

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:24 PM | Show all posts |Read mode


Wong ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, hari ini.
SIBU: Jumlah kerugian dan mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut petir di sini petang Rabu akan diketahui tidak lama lagi.

Residen Bahagian Sibu Wong Hie Sieng berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat dan data berkenaan kejadian tersebut.

"Setakat ini, kami tiada jumlah angka tepat mangsa yang terlibat.

"Kerugian juga begitu kerana kerosakan yang dialami adalah berbeza daripada seorang mangsa kepada mangsa yang lain.

"Namun kami masih menunggu data dan maklumat lengkap daripada pihak berkenaan sebelum menghantar laporannya kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)," ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) di sini, hari ini.

Wong memberitahu, kebanyakan rumah yang terjejas serius akibat bencana tersebut terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan dengan sebahagian besar kerosakan melibatkan bahagian bumbung.

"Bagaimanapun, tiada sebarang Pusat Permindahan Sementara (PPS) dibuka kerana kebanyakan mangsa yang terjejas tinggal di rumah saudara-mara mereka," jelasnya.

Sementara itu, Wong berkata mesyuarat tersebut melibatkan pelbagai agensi berkaitan di sini dalam menyelaras keperluan bantuan yang boleh disalurkan kepada rumah-rumah yang terjejas akibat kejadian itu.

Selepas mesyuarat itu ujarnya, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada JPBNS.

"Mesyuarat pada petang ini (Khamis) adalah penyelarasan dan kerjasama antara agensi berkaitan dalam memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa.

"Misalnya, bantuan kebajikan di bawah JPBNS dan sebagainya. Kemudian kita akan memaklumkan kepada wakil rakyat terlibat," jelasnya.

Berhubung masalah terputus bekalan elektrik di kawasan tertentu, Wong berkata pihak berkaitan sedang membaikinya dan percaya ia akan pulih sepenuhnya hari ini.

Beliau juga memberitahu, beberapa sekolah-sekolah yang terjejas turut memulakan operasi seperti biasa hari ini.

"Kejadian ini adalah yang terburuk untuk Sibu disebabkan fasa peralihan angin monsun yang diramalkan berlaku dari 23 Mac hingga pertengahan Mei dan ia benar-benar berlaku," tambahnya.

Kejadian ribut petir pada petang Rabu menggemparkan penduduk Sibu apabila angin kencang menumbangkan banyak pokok, mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk, menerbangkan atap rumah dan menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2023 08:27 PM | Show all posts
Tujuh blok bangunan SM Sacred Heart rosak akibat dibadai ribut



Salah satu blok bangunan di SMK Sacred Heart yang bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian petang Rabu.
SIBU: Satu jawatankuasa yang akan diketuai Bendahari Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah (SM) Sacred Heart Temenggung Dato Vincent Lau akan dibentuk bagi meneliti kerosakan struktur bangunan sekolah terbabit akibat angin kencang susulan ribut petang Rabu.

Menurut Setiausahanya Dr Gregory Hii, kerosakan yang dilaporkan disifatkan agak serius di mana tujuh blok bangunan sekolah terjejas.

"Kita akan menubuhkan jawatankuasa kerja yang diketuai oleh bendahari lembaga, Temenggung Dato Vincent Lau untuk menelitinya.

"Terdapat dua isu iaitu pembaikan kecil seperti air bocor ke lantai yang perlu ditangani segera.

"Lain-lain kerosakan besar akan dibuat mengikut tuntutan insurans, yang mungkin mengambil sedikit masa.

"Namun kita bersyukur tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kerosakan kebanyakan membabitkan bumbung sekolah yang diterbangkan dan menimpa struktur bangunan bersebelahan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan pada struktur bangunan di SMK Sacred Heart di sini, hari ini.

Difahamkan, blok tiga yang turut menempatkan perpustakaan di tingkat atas paling teruk terjejas, dengan kerosakan pada bumbung dianggarkan 50 peratus.

Kerosakan itu juga telah menyebabkan air membasahi lantai perpustakaan.

Penolong Setiausaha Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Sacred Heart merangkap pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Sacred Heart (SHOSA) Penghulu Yong King Sung turut hadir.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2023 08:28 PM | Show all posts
Chieng giat tinjau kerosakan selepas pascaribut



Chieng (tiga kanan) memerhatikan seorang anggota Pertahanan Awam mengikat kain merah pada sebatang pokok tumbang yang melintangi jalan di kawasan Bukit Assek.
SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng menyifatkan angin kencang yang melanda bandar ini petang Rabu sebagai satu bencana yang belum pernah dihadapi oleh penduduk di sini.

Kejadian angin kencang berserta hujan lebat itu katanya, telah menyebabkan banyak kerosakan kepada kediaman penduduk serta beberapa sekolah di kawasan Bukit Assek.

"Kejadian telah menyebabkan kerosakan terutama di kawasan bandar.

"Antara kawasan terlibat ialah Jalan Punai, Jalan Merlin, Jalan Tiong Hua, Jalan Hua Kiew, Jalan Merdeka, Taman Rejang, Taman Nanyang dan sebagainya," ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Chieng bersyukur kerana 13 rumah panjang di kawasannya tidak mengalami kerosakan sementara hanya satu atau dua sekolah mengalami kerosakan serius dan sederhana.

Daripada 13 sekolah dalam DUN Bukit Assek katanya, hanya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart mengalami kerosakan yang agak teruk sementara SMK Methodist hanya mengalami kerosakan kecil.

"Bagi kawasan luar bandar seperti Pulau Keladi, setakat ini belum ada laporan kerosakan diterima daripada penduduk," ujarnya.

Beliau turut memberitahu menerima banyak panggilan daripada ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak mereka ke SJKC Uk Daik pagi tadi selepas Lorong Mengris yang menuju ke sekolah terbabit tidak dapat dilalui akibat pokok tumbang dan wayar elektrik.

Namun katanya, beliau telah memastikan jalan tersebut dapat dilalui semula sebelum sesi persekolahan tamat.

"Terima kasih kepada pasukan dari Majlis Perbandaran Sibu (MPS), TM dan SESCO yang telah datang membantu memulihkan keadaan di situ," jelasnya sambil menambah banjir kilat turut berlaku di kawasan Bukit Assek tetapi tidak serius.

Bagi penduduk terutama daripada keluarga B40 yang bumbung kediaman mereka terjejas, Chieng berkata akan membawa perkara itu pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu.

"Kita berharap kerajaan dapat membantu mereka dengan bantuan kewangan ketika waktu sukar ini.

"Kita juga berharap prosedur bagi mendapatkan bantuan ini lebih mudah.

"Namun setakat ini kita masih belum tahu apakah bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan," katanya sambil memberitahu Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek juga sedang mengumpul data mangsa yang terlibat di mana pusat khidmat ini boleh dihubungi di talian 084-313566.

Menyentuh mengenai bekalan elektrik Chieng memberitahu, masih banyak kawasan yang bekalan elektrik belum dipulihkan sejak malam kelmarin seperti Jalan Tong Sang, Lorong Rhu, Jalan Bukit Assek 6, Jalan Mengris dan Brooke Drive 5.

Namun beliau percaya pihak SESCO sedang sedaya upaya memulihkan bekalan elektrik agar penduduk di kawasan terbabit mendapat bekalan dalam masa terdekat.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051659 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list