CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

[Sarawak] Bomba berjaya selamatkan rumah teres daripada musnah terbakar

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:23 PM | Show all posts |Read mode


Api dipercayai bermula di ruang bilik utama di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut dalam kebakaran di Jalan Arau, Sibu pagi Khamis.
SIBU: Sebuah rumah teres dua tingkat nyaris musnah dalam kebakaran di Lorong 4, Jalan Arau di sini pagi Khamis.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian tersebut pada jam 9.53 pagi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian disusuli balai bantuan daripada BBP Sibu dengan kekuatan 19 anggota.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah rumah teres dua tingkat jenis struktur tidak kekal berkeluasan 11 kali 20 kaki persegi telah terbakar 20 peratus di ruang bilik utama di tingkat atas," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dua penghuni rumah berusia 66 dan 32 tahun berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum api semakin marak.

Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dengan pantas sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi.

"Pasukan BBP Sibu Sentral telah bertindak membuat pemadaman secara ofensif masuk ke dalam rumah di tingkat atas dengan membentang satu aliran 100 kaki menggunakan satu nozel dan satu aliran salur bantu mula.

"Pasukan keluaran BBP Sungai Merah pula membuat pemadaman dengan menegakkan tangga jentera ke beranda rumah untuk akses ke ruang bilik utama di tingkat atas dan membentangkan satu aliran 100 kaki menggunakan satu nozel dari sumber air dan pili bomba sehingga api padam sepenuhnya," jelasnya.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 10.01 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi.

Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat dan tiada lagi punca nyalaan, pasukan keluaran operasi bertolak balik ke balai.

Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.289551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list