Seorang YouTuber ditembak pada bahagian perut selepas dia melakukan 'prank' ke atas seorang individu tidak dikenali di dalam pusat membeli-belah.
YouTuber berusia 21 tahun dikenali sebagai Tanner Cook itu cedera parah selepas ditembak ketika menjalani penggambaran di Dulles Town Center, Virginia.
Selepas menjalani pembedahan, Cook tampil memberi penjelasan bahawa lelaki tersebut seolah-olah tidak dapat menerima gurauan yang dilakukannya.
Foto: Daily Star
"Saya sekadar melakukan 'prank' dan melakukan gurauan yang ringkas, tapi lelaki itu tidak dapat menerimanya," ujarnya yang memiliki 400,000 subscribers YouTube.
Pelaku yang dinamakan sebagai Colie dihadapkan ke mahkamah pada Isnin, dituduh mencederakan dengan niat jahat, menggunakan senjata api dalam melakukan jenayah dan melepaskan tembakan di di dalam bangunan. -CARI
Post time 6-4-2023 09:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
padan muka… teringat dulu ada orang bodo prank masuk dalam post box yang orang letak surat nak pos, dia keluarkan semua surat setiap kali orang masukkan… sekali nahhhh, kena tembak… mati terus…
yesss... aku memang tak suka prank2 bodo ni... memang la kita takleh amek nyawa orang tapi yang ko bangang sangat buat prank bodo dah kenapa... pastu nak justify perangai n otak bodo, dok cakap orang tak sporting... double triple bodo... kaki provoke pastu bila terkena balik, merempan...
"Saya sekadar melakukan 'prank' dan melakukan gurauan yang ringkas, tapi lelaki itu tidak dapat menerimanya," ujarnya yang memiliki 400,000 subscribers YouTube.
Ohhh, orang tu pun just buat tembakan ringkas. Tak sangka lak ko x leh terima tembakannya