CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Perlis] Zahid puji Kerajaan Perlis sentiasa berdiplomatik walau lain ideologi politik

[Copy link]
Post time 6-4-2023 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 6-4-2023 09:54 AM



AHMAD Zahid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim terpilih dari seluruh Perlis. FOTO Aizat Sharif.

Kangar: Kerajaan negeri Perlis dipuji berikutan pentadbiran mereka yang sentiasa berdiplomatik dan berusaha menjalinkan kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan meskipun berlainan ideologi politik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pusat menerusi agensi dan kementerian yang beroperasi di negeri itu sentiasa mahu menjalinkan hubungan baik dengan mana jua kerajaan negeri memandangkan  rakyat seharusnya diberikan keutamaan dalam setiap agenda.

"Mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan platform majlis mahu pun mesyuarat bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka yang menjadikannya sebagai bahan kempen atau ceramah berbentuk penghinaan.

"Kita sebenarnya khuatir apabila tindakan sebegitu akan menjadikan jalinan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan terencat.
"Bagaimanapun, saya puji di Perlis ini keadaan sebegitu tidak berlaku," katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kasih Ramadan yang berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat (Kemas) di Simpang Empat, di sini, hari ini.

Kenyataan Ahmad Zahid itu dipercayai merujuk kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang sebelum ini dilihat tidak sealiran dengan kerajaan persekutuan dan sering mengkritik dan menyalahkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Muhammad Sanusi dalam 'sengketa' terbarunya mendakwa terdapat arahan bertulis yang melarang beliau daripada menghadiri acara rasmi kerajaan Persekutuan termasuklah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei hadapan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) turut mengambil kesempatan meraikan seramai 150 orang anak yatim terpilih dari seluruh negeri berkenaan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berupa kit Peralatan Quick Win kepada 60 peserta kemahiran.
Dalam ucapannya juga, beliau berkata, sebanyak lapan maahad tahfiz di seluruh negara ini dijadikan anak angkat KKDW bagi menjalani Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di institusi pengajian itu.

"Usaha ini adalah bagi membuka peluang kepada pelajar maahad tahfiz untuk terbabit secara langsung dalam bidang yang mempunyai potensi besar itu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... walau-lain-ideologi



AHMAD Zahid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim terpilih dari seluruh Perlis. FOTO Aizat Sharif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.116488 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list