View: 1942|Reply: 35
|
Muslim Di China Ditangkap Kalau Berpuasa!
[Copy link]
|
|
Kerajaan China sekali lagi pada tahun ini mengharamkan umat Islam Uighur (Uyghur) daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
Terdapat kira-kira 10 juta penduduk Islam daripada etnik Uighur mendiami Xinjiang di China.
 AFP
Negara komunis itu yang menganggap dirinya sebagai ateis turut melarang kalangan penjawat awam, pelajar dan guru Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa yang wajib bagi penganut beragama Islam.
Ketika umat Islam di seluruh dunia bersiap sedia untuk memulakan bulan suci Ramadan yang mulia ini untuk berpuasa, tetapi lain pula ceritanya umat Islam Uighur dilarang berpuasa dan akan ditangkap sekirannya mereka meneruskan tradisi budaya dan agama mereka (Islam).
Kerajaan China bersikap tegas melaksanakan peraturan dan larangan ke atas masyarakat Islam untuk melakukan ibadat (puasa) mereka dengan bebas.
Justeru, pemerintah telah melaksanakan sistem pemantauan yang keras terhadap umat di negara ‘tembok besar’ itu.
Dilaporkan, Uighur di wilayah barat laut Xinjiang diarah untuk tidak membenarkan anak-anak mereka berpuasa, bahkan mereka akan ditanya pihak berkuasa sama ada ibu bapa mereka berpuasa, kata pegawai tempatan dan kumpulan hak asasi manusia kepada media RFA.
“Sepanjang Ramadan, pihak berkuasa telah memeriksa 1,811 buah kampung yang terlibat dalam sistem pemantauan 24 jam oleh pihak berkuasa, termasuk pemeriksaan di rumah keluarga Uighur,” jelas jurucakap Kongres Uighur Sedunia.
Terdapat kira-kira 11.4 juta umat Islam etnik Hui di China, yang masih mengekalkan kepercayaan dan pegangan Islam mereka selama berabad-abad, kini berada dalam bahaya di bawah pimpinan Parti Komunis China dengan mengenakan peraturan agama yang zalim.
Aktivis hak Hui, Ma Ju berkata barangkali ramai orang tidak tahu komunitinya masih wujud.
 Ma Ju - RFA
Beliau juga menyatakan bahawa pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan ke atas orang Uighur telahpun berlaku sebelum ini dan begitu juga dengan etnik Hui, berikutan pembaharuan agama Parti Komunis yang dilaksanakan sejak pada tahun 1958.
Beijing telah mengenal pasti mereka sebagai "ancaman untuk diselesaikan melalui asimilasi paksa," kata laporan daripada gabungan kumpulan hak asasi manusia, termasuk rangkaian Pembela Hak Asasi Manusia China.
Ini sangat berbeza dengan kebebasan secara relatif yang pernah mereka nikmati sebelum Presiden Xi Jinping dengan melancarkan serangan baharu ke atas upacara ibadat (sembahyang) agama lain.
Mereka memaksa orang-orang Kristian, Islam dan Buddha supaya masing-masing tunduk kepada kawalan parti (pemerintah) dan disekat kehidupan beragama mereka di bawah "penghinaannya", demikian menurut laporan tersebut.
China juga menyasarkan masyarakat Islam (Xinjiang) dengan melancarkan kempen "perpaduan etnik" termasuk saudara seIslam mereka daripada etnik Han (mewakili 40 peratus) dengan memberi tekanan kepada mereka untuk mematuhi tradisi bukan Islam, termasuk minum arak dan memakan daging babi.
Sekurang-kurangnya 1.8 juta etnik Uighur dipenjara dalam kem tahanan khas atau dikenali sebagai ‘Pusat Latihan Vokasional’ sejak Dasar " erpaduan" tersebut diperkenalkan di Xinjiang, China.
Sumber: KitaReporters |
|
|
|
|
|
|
|
kemboja vs msia vs china.......apa citer??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: kemboja vs msia vs china...... ...
Kerajaan madnon sibuk kata melayu angkuh ,tak hormat minoriti. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah knp nk halang org puasa...
Kjp lg mesti ada yg masuk bg komen kurang cerdik... |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 5-4-2023 08:11 PM
Dah knp nk halang org puasa...
Kjp lg mesti ada yg masuk bg komen kurang cerdik...
decaff la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk jugak bangsa etis ni klau dpt kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kat sini boleh puasa tp gatal xmo puasa, pastu kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
intermittent fasting & autophagy boleh ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Rasist giler
Nak puasa pun dihalang |
|
|
|
|
|
|
|
bungarose replied at 5-4-2023 10:12 PM
Rasist giler
Nak puasa pun dihalang
Kat malaysia boleh mercun sampai tgh mlm cong cei cong cei tarian naga tarian singa makan babi merata rata. |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia PMX kata kita yg melayu ni jangan angkuh sgat dengan minoriti yakni cainis cinkies2 yach !!! |
|
|
|
|
|
|
|
apa ke ngok sangat. blh mejejaskan ekonomi ke kalau org puasa?? teruk nau prc ni, mana hak sbg individu kat sana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.  |
|
|
|
|
|
|
|
iols sejak2 cerita pasal uyghur tu malas dah nak percaya negara komunis kerja melahap pelbagai benda ni ada buat perkara seperti tindas2 orang islam... sebab tengok tiktok2 dari negara mainlaind china (douyin) tu aman2 jah deorang berpuasa... yang meniaga pun elok2 je bertudung bersongkok bagai... termasuk la etnik uyghur pun aman2 jah hidup... cumanya tak pasti lah larangan ketat ni dekat ibu negara macam shanghai ke macam mana etc... sebab di tempat lain macam hui, hainan, xinjiang tu aman2 je deorang berpuasa tengok kat tiktok mainland china (douyin)...
berita ni lebih kepada media barat nak burukkan china jah.. takyah burukkan pun sebab dah sememangnya buruk di mata masyarakat...
 |
|
|
|
|
|
|
|
But how to check someone puasa? Tentera dia observe and make sure rakyat tempatan makan pagi, makan lunch, makan petang ke |
|
|
|
|
|
|
|
dlm artikel tu kata akan soal siasat anak2 kecil dan bertanya adakah parents mereka berpuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 6-4-2023 12:33 AM
iols sejak2 cerita pasal uyghur tu malas dah nak percaya negara komunis kerja melahap pelbagai benda ...
Nampaknya dalam perang soft power, mainland di depan ya sekarang 
Dia sebenarnya tak kira belah mainland ke belah us ke, 2-2 tak boleh percaya 100%. Hanya yang hidup kat sana tahu apa yang jadi. Macam kita di sini juga, apa yang dipaparkan di media sosial tak semestinya betul. Sis mesti tak pernah tengok weibo banned certain isu certain keywords in real time  |
|
|
|
|
|
|
|
iye sebut le la IF. tu kan mmg global practice org tkde agama pun buat
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bell ngasri lahir kat cina mesti dia berlakon cite curi2 berposa pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|