View: 2912|Reply: 7
|
Terlanjur Dengan Adik Ipar Sampai Hamil, Suami Racun Isteri Sebab Tak Dibenarkan Kahwin Lain
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya gara-gara tidak mendapat keizinan berkahwin satu lagi selepas terlanjur bersama adik iparnya (adik kandung isteri).
Tribunnews melaporkan, kejadian tersebut dipercayai terbongkar selepas suspek, Berry Primanael membawa isterinya, Siti Hasanah yang sedang nazak ke hospital sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
Kakak Hasanah, Sulastri yang berasa curiga dengan kematian mengejut adik perempuannya nekad membuat laporan polis dan hasil siasatan membongkarkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat diracun.
 Foto: Suara.com
Susulan itu, suspek telah ditahan dan hasil siasatan mendapati suspek dipercayai telah membeli racun jenis pottasium secara dalam talian dan mencampurkan racun tersebut ke dalam air kosong.
Selepas itu, suspek mengejutkan isterinya yang sedang tidur sebelum memaksa wanita itu minum air beracun tersebut.
Menurut sumber, suspek nekad meracuni isterinya kerana berang tidak diizinkan untuk berkahwin dengan adik iparnya yang kini sedang hamil satu bulan akibat hubungan terlarang mereka.
Namun ada dakwaan mengatakan bahawa suspek sengaja mereka cerita bahawa adik iparnya itu hamil hanya kerana mahu bernikah satu lagi. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
TER...lanjur jer...pung
lain la kalo...BERZINA... |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya dia mintak izin pon x boleh sebab dah memang hukum kan. Melainkan dia ceraikan kakak lepas tu menikah dengan adik |
|
|
|
|
|
|
|
aneh2 sungguh news dari seberang. tp iols suka makanan seberang yach. sedapnya sambel uleg. |
|
|
|
|
|
|
|
cerai la pastu kawen baru boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ke yg pening baca nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai la dulu..dh cerai tak perlu minta izin dh. nk tmbh lagi 1 kalu bini izinkan pun di sisi syarak tetap tak buleh kawen dgn adik ipar |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata ini cerita hasanah, Hasanah dah meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|