[VIDEO] ‘Gembira Dapat Bertemu Isteri Hari Ini’ – Farid Kamil Tak Pernah Berhenti Berusaha Selamatkan Rumah Tangga
Pelakon, Farid Kamil, 42, tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangganya bersama isterinya, Diana Danielle, 32, bagi mengelakkan dua orang anak mereka, Muhammad dan Aurora terpisah.
Sedang berusaha
Menurut Farid, dia akan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu.
Saya gembira dapat juga bertemu dengan isteri saya hari ini. Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya.
Saya dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk capai jalan pendamaian. Memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali dan hidup normal seperti sedia kala.
11 tahun kami sudah mengharungi pelbagai rintangan. Masih ada harapan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.
Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada Ramadan ini, banyak kekangan apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya sekarang.
Sementara itu, peguam mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata dia mengikut arahan Farid untuk menyelamatkan isteri dan anak-anaknya.
Hari ini sebutan kali pertama selepas hak jagaan sementara anak. Mahkamah sudah beri tarikh iaitu 30 Mei nanti, kita akan sebutan sekali lagi kes ini.
Arahan Farid kepada saya nak untuk menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak. Itu niat dia dari awal sampai sekarang. Selain dari itu kita tak nak ketengahkan.
Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menurut Diana, mereka sudah tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Walau bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle, 32, bagi mengelakkan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, terpisah.
Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata, dia akan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga dibina sejak 11 tahun lalu.
"Saya gembira dapat bertemu dengan isteri hari ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sedang berusaha menyelamatkan keluarga saya.
"Saya dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk mencapai jalan perdamaian. Memberi anak-anak ibu bapa mereka semula dan menjalani hidup normal seperti sedia kala.
"Selama 11 tahun kami mengharungi pelbagai rintangan, jadi masih ada harapan. Jadi, saya letakkan harapan kepada Allah SWT supaya dapat kembali seperti biasa, suatu hari nanti.
"Saya tak pernah berhenti berusaha mencari isteri dan anak-anak di mana berada. Tetapi, banyak kekangan, apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya pada Ramadan ini," katanya kepada BH Online.
Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, bagi sebutan kali pertama kes hadanah dua anaknya.
Farid dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk mencapai jalan perdamaian bersama Diana. - NSTP/Genes Gulitah
Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Sementara itu, peguam mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, dia turuti arahan Farid untuk menyelamatkan rumah tangganya.
"Hari ini sebutan kali pertama hak jagaan sementara anak. Mahkamah sudah beri tarikh pada 30 Mei depan untuk sebutan sekali lagi kes ini.
"Arahan Farid kepada saya nak menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak. Itu niat Farid sejak awal lagi. Selain itu, kami tak nak ketengahkan," katanya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Farid tetap mempertahankan rumah tangga bersama Diana bagi mengelakkan Muhammad dan Nur Aurora terpisah. - NSTP/Genes Gulitah
Post time 5-4-2023 02:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Besar harapan dia ya. DD tu dh tawar hati kat kau. Mana adil dlm marriage 1 pihak je win ie untung. FK untung kawin dgn DD makan tanggung berak cangkung. Org tahik dadah ni sangat berkira bab duit. Makan minum dia pun aku yakin DD yg provide
bibir tu kenapa kemut2 juih tu? try hard betul nak cover kacip...
kalau gini patut lah DD masih berkeras hati nak angkat kaki nyah...
tak payah fefeeling nak selamatkan isteri lah... isteri tu yang nak selamatkan diri dia dan anak2 dari kau yang kalau tiba2 kacip habis baran siap kena panggil polis bagai untuk tolong...
choi! pergi tampal2 muka pakai putty filler dulu yach..
takut jugak bila dh terjebak dlm perkahwinan mcm ni...
x adil pula rsa sbb dia nk selamat kan perkahwinan ni atas kepentingan dia je, tolak tepi x nk pk apa si isteri rsa dan tanggung selama ni...cuba selamat kan dgn berubah la apa la..jaminan apa dia blh bg sbnr nya...
ni kalau mcm ni pya ssh dia nk lafaz, andai kata jatuh juga talak nnt sbb isteri blh bukti kn mmg x lh hidup bersama dh, mmg menghantui la bekas laki gini...
dia guna alasan anak yg selama ni isteri yg beria bertahan sbb anak, tetiba dh xde jln kembali dia lak guna alasan anak sbb nk bg keluarga sempuran, jijik btl org mcm ni..nauzubillah, jauh kan la kita dan keturunan kita dr org2 mcm ni...
ati iols mmg hitam dkt parid ni...ni adalah antara spesis jantan yg byk kat mahkamah syariah yg x nk cerai acah2 terus jd mithali, terus insaf terus baik la tiber2...plastic sgt
Post time 5-4-2023 02:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semoga Farid benar² berubah. Ko bagi jelah duit kat DD tu ganti semula hutang² dan nafkah yang ko makan tu..at least lembut hati ckitt. Baru 4 bulan ko xbg nafkah kan so belomm bnyak tertunggak lagi. Betollah tu kembalikan kehidupan normal anak2 mereka punya ibu bapa yang bertanggungjawab
btl x baik..tp dlm kes ni, kesian kat yg menanggung..org perempuan kalau bertahan sbb anak, duit2 tu jd no bape dh...bila dia dh nekad tu, terus la keluar jgn la nk patah blk...kesian la kt dd n anak2...
Taklah yg ai faham peguam sheols cakap pihak DD nak buat dissolve of marriage.. tuntut fasakh kot.. n kalau betul FK bersalah seperti yg dikatakan rasanya mahkamah akan benarkan perceraian.. lepas tu permohonan hadanah di mana anak2 akan ikut DD.
tbh, ada beza casual user dengan addiction ni. farid ni kalau dah tahap penagih tegar ni, selagi ko tak rehab mmg takda makna nya kata2 ko tu lah berusaha utk keluarga, gi la daftar diri kat rehab pastu mmg nekad nak clean baru la boleh bg peluang kedua, ni ko harapkan org bg peluang kat ko tapi tak planning nak be clean mmg sampai ajm la mcm ni ulang2