View: 3143|Reply: 3
|
Pemandu Bas Cuai, Kaki Warga Emas Digilis Ketika Melintas Jalan
[Copy link]
|
|
SINGAPURA – Seorang pemandu bas berusia 41 tahun di Singapura melanggar seorang warga emas berusia 69 tahun ketika mangsa melintas jalan berhampiran Menara Golden Mile.
Mothership melaporkan, polis dimaklumkan mengenai kemalangan di simpang Jalan Sultan dan Beach Road pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan), 30 Mac lalu.
Ketika kejadian, pemandu tersebut bersiap sedia untuk mengambil penumpang dari sebuah hotel dan mendakwa tidak biasa dengan kawasan tersebut.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/05/112609fngiq333rmd7a31n.png) Foto: Mothership
Dia berhenti di lampu isyarat merah dan hendak membelok ke kanan. Ketika lampu bertukar hijau, dia terlanggar mangsa tanpa disedari.
Hanya selepas orang yang lalu lalang mula menjerit dan mengetuk bas itu, barulah pemandu tersebut sedar bahawa dia telah melanggar seorang pejalan kaki.
Sebaik sahaja melihat kaki wanita itu tersepit di bawah tayar, pemandu tersebut masuk semula ke dalam bas untuk mengalihkan kedudukan tayar. Kaki mangsa mengeluarkan darah dengan banyak dan dia meraung kesakitan.
Polis kemudian menghantar mangsa ke hospital manakala pemandu bas itu ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mcm pokcik drebar main wasap tu kan?
harap pokcik wasap tu esok2 bini dia ke anak dia ke kene gelek dgn steamroll sbb drebar steamroll main wasap jugak
gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak kira ganti rugi tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|