View: 3522|Reply: 11
|
Elly Suriaty Puji Farid Kamil Suami Baik Dan Bapa Penyayang, Padam Komen Lepas Teruk Kena Kecam
[Copy link]
|
|
Ellie Suriaty Omar menyifatkan Farid Kamil sebagai seorang suami yang baik dan penyayang terhadap dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Ellie turut memuji keperibadian aktor yang juga rakan gandingannya dalam karya Telaga Suriram.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/05/093517tbttcn1ck4h8bbkh.png) Foto: IG
"Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat-sangat kasihkan anak-anaknya iaitu Che Mat dan Aurora... Farid Kamil kuat berpegang pada tali Allah SWT," tulis Ellie di ruangan komen IG.
Mengambil positif kemelut rumah tangga pasangan selebriti yang menjadi bualan hangat ketika ini, Ellie turut mendoakan segala urusan pelakon filem Anwar: The Untold itu dipermudahkan.
" asti ada hikmah Allah SWT untuk Farid Kamil. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Farid Kamil di dunia akhirat Allah SWT sehingga ke syurgawi jannah."
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Farid dan Diana Danielle yang saling berbalas kenyataan di media sosial mendapat perhatian Ellie.
Bagaimanapun komen yang ditinggalkan Ellie itu sudah dipadam selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Terdahulu, Diana mendedahkan Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Farid juga didakwa mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu malah aktor itu mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang hilang.
Pada perkongsian yang sama, Diana mendedahkan anak perempuan mereka, Nur Aurora mengalami trauma rentetan perbuatan Farid menengking dan memarahinya.
Bagaimanapun Farid tampil menafikan semua dakwaan dan tuduhan yang dinyatakan isterinya aktres Diana Danielle di Instastory.
Farid mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya bercanggah dengan laporan polis yang dibuat olehnya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan main mcm dia plak bini FK |
|
|
|
|
|
|
|
eh apa makcik bandi amuk ni komen?
nak tahu jugak...
apa kata lepas dia selesai bercerai dengan dd... ko je kahwin dengan parit tu nok... sesuai sangat hokkeh sorang muka berlubang... sorang muka bandi amuk macam arnab kena hujan...
bagi jeri kempunan je tengok ex dapat laki muda...
![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
alahaii kenapa nak sibuk2 hal mcm ni
baik diam je
selamat la kan |
|
|
|
|
|
|
|
zeri skandar dlu pn dikenali sbg suami yg baik. syg anak2. syg bini. tup tup tup bercerai.
pendek kate, peel suami tu isteri je tau. takat jumpe kt set beberape jam tu, teros cop kuat berpegang tali agama. perghhhh![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 yang mengomen ni mcm dia lebih mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
klu org luar tetap la org luar, hanya bini dia je yg kenal dia dr a-z tanpa selidung apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tau perangai farid cuma dd je |
|
|
|
|
|
|
|
Cik pn Elly ni tak ingat dia pernah khabo kat program Pak Nil tu
Mana ada wanita yg bahagia dlm rumahtangga nak bercerai?
Kena kat org lain kemain indicates suami yg baik. Tentunya FK sbg suami hanya DD jer yg tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai seorang janda, komen gitu tak sesuai ye buat laki orang |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa dia tinggalkan jeri kepam, bila kiri kanan depan belakang org salahkan dia, pandai pulak dia kata, hanya dia jer yg kenal si jeri kepam tu luar dalam, dia yg idup sbg bini org tu, dia lebih tau
Ni bila org lain yg berantakan, ehhh sedap rasa pulak bagi ulasan, mcm dia kenal parit tu luar dalam, kenal parit tu lebih dari bininya sendiri
Sudah la |
|
|
|
|
|
|
|
Ish ish.... Mcm tak tau sejarah FK. |
|
|
|
|
|
|
| |
|