CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3602|Reply: 4

Mbah Slamet Bomoh Pengganda Duit Dah Bunuh 10 Orang, Mayat Ditemukan Dalam Kubur Besar

[Copy link]
Post time 5-4-2023 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Seorang bomoh pengganda wang dikenali sebagai 'Mbah Slamet' yang disyaki membunuh 10 orang pelanggan sejak 2020 ditahan polis di Jawa Tengah pada Sabtu lepas.


Slamet Tohari, 45, ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.


Kegiatannya terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terakhir yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lalu.




Foto: Detik




Ketua Polis Banjarnegara Hendri Yulianto berkata mangsa memaklumkan sedang berada di rumah Mbah Slamet kepada anaknya melalui pesanan WhatsApp.


"Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat berpesan agar menghubungi polis jika beliau masih belum pulang selepas 26 Mac," katanya.


Bertindak atas laporan, polis menemukan mayat mangsa dipercayai akibat diracun, di ladang Desa Balun serta penemuan tiga kubur mangsa lain yang majoriti dari luar Banjarnegara termasuk dari Palembang.


Sebanyak 10 mayat dipindahkan pihak berkuasa setakat ini.




Foto: Detik







Kesemua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta).


Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 09:01 AM | Show all posts
'slamet' ke tali gantung jawabnya incik slamet
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 09:02 AM | Show all posts
indon dengan santet berpisah teda
kesurupan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena scam sampai mati..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 10:10 AM | Show all posts
bagus mangsa terakhir tu siap tinggal pesanan berharga kt anak dia.
orang lain tak jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.358116 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list