CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13399|Reply: 0

[Sarawak] Swinburne Sarawak kini tawar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:14 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tiga kiri) menerima cenderamata daripada Lau (dua kanan) sambil disaksikan Rosey (dua kiri), Noriah (kiri) serta wakil lain daripada Swinburne Sarawak. - Gambar Roystein Emmor
KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) kini menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi memberi peluang kepada anak Sarawak melanjutkan pengajian berkenaan di universiti itu.

Pro Naib Canselor Swinburne Sarawak Profesor Lau Hieng Ho berkata, diploma berkenaan akan bermula pada semester depan iaitu pada September 2023.

"Kini kami sedang mencari kumpulan pertama pelajar dalam bidang ini. Semua kelulusan telah diperolehi untuk perkara ini beberapa bulan lepas.

"Dan ini (Diploma PAKK) selaras dengan kehendak kerajaan negeri dan Swinburne menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Sarawak untuk anak Sarawak," katanya ketika ditemui pemberita semasa kunjungan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, hari ini.

Tambah Lau, diploma berkenaan menawarkan kursus selama dua tahun setengah yang kini telah dibuka permohonannya untuk pengambilan pertama.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak berkata, universiti itu memerlukan banyak bakat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan ia menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan negeri di mana Yayasan Sarawak turut memberi banyak penekanan dalam pendidikan terbabit.

"Ia juga untuk membantu kementerian agar semua pengendali, guru taska dan prasekolah memiliki kelayakan sewajarnya dan diploma ini hanya memerlukan lebih dua tahun untuk mendapatkan kelayakan mereka.

"Diploma ini mendapat kelulusan daripada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) dan Kementerian Pengajian Tinggi," tegasnya.

Sementara itu Fatimah ketika ditemui berkata, kementeriannya teruja dengan apa yang ditawarkan Swinburne Sarawak itu kerana ia selaras dengan fokus kementerian dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

"Untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak prasekolah kita memerlukan guru untuk dilatih dengan betul dan berkelayakan sama ada dari segi ilmu mahupun kemahiran," katanya.

Beliau menyarankan kepada Swinburne agar menyediakan kursus hujung minggu kepada guru yang belum memperoleh dipoma atau ijazah sarjana muda tetapi ingin melanjutkan pengajian mereka.

"Kalau dapat Swinburne boleh menawarkan sesuatu seperti kursus pada hujung minggu atau cuti sekolah supaya mereka tidak perlu meninggalkan pekerjaan mereka tetapi masih boleh menghadiri kelas pada hujung minggu atau cuti sekolah.

"Kami di kementerian pastinya akan membantu terutama mereka yang belum mendapat kelayakan atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda dalam pendidikan awal kanak-kanak," ujarnya.

Beliau berkata tawaran diploma berkenaan merupakan satu lagi kemudahan yang pastinya ditunggu oleh guru-guru yang sedang berkhidmat.

Namun katanya, pengusaha atau penyelia taska dan tadika pasti tidak mahu guru-guru mereka meninggalkan tempat kerja pada waktu bekerja, maka ada baiknya kursus sedemikian diadakan pada hujung minggu atau cuti sekolah, di mana akhirnya ia menjadi situasi menang-menang.

Fatimah berkata dari segi bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran, terdapat kemudahan disediakan kepada pemohon yang berminat iaitu menerusi Yayasan Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap Kementerian Noriah Ahmad.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.250081 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list