CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12983|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan Cina

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:07 PM | Show all posts |Read mode
BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui mati di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Kelupu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata polis menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu jam 10 pagi.

"Sejurus menerima laporan tersebut, sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki berbangsa Cina berasal dari Sibu berdasarkan penemuan kad kesihatan dan kad pengenalan diri di dalam beg sandang mangsa.

"Siasatan mendapati lelaki terbabit dipercayai baru sahaja meninggal dunia dalam tempoh tiga hingga empat jam sebelum penemuannya," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya bagi mengenal pasti punca kematian.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan penemuan mayat itu memandangkan kes masih dalam siasatan.

"Sehingga kini, kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049798 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list