CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4929|Reply: 5

Irama Bawa Isu Muzik Video Aliff Syukri Ke KKD

[Copy link]
Post time 4-4-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Irama, Ayob Abd Majid.


Konsortium Industri Rakaman Malaysia (Irama) mahu berjumpa dengan Menteri Komunikasi Digital (KKD), Fahmi Fadzil dalam masa terdekat bagi membincangkan isu muzik video (MV) lagu raya terbaru usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Cak Kun Cak Raya.


Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, ia berikutan muzik video ini dikatakan melanggar budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia serta menghina kemuliaan bulan Ramadan.


"Saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai yang bertugas mencadangkan agar saya membawa kes itu kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kerana akta yang ada sekarang terlalu longgar.


"Jadi dalam pertemuan dengan Fahmi nanti kami akan menggesa beliau agar membawa isu ini ke parlimen agar akta Seksyen 294 (a) dan 294 (b) digubal semula.


"Kita juga berharap KKD dapat membincangkan isu ini di parlimen seterusnya denda tinggi dikenakan termasuk hukuman penjara bukan sahaja kepada Aliff tetapi juga kepada pencipta kandungan lain yang melakukan perkara sama," katanya ditemui pada sidang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.








Ayob berkata, perkara ini berulang kerana hukuman dan denda yang dikenakan terhadap pelaku agak ringan. "Kebanyakan hari ini mereka tidak takut dengan denda yang ada. Jika tidak dibendung, lebih banyak video yang bukan-bukan akan dihasilkan.


"Jika dilihat, penampilan ahli perniagaan itu bersama lima penari dalam muzik video terbabit memang keterlaluan.


"Kami bukan menyentuh peribadi Aliff atau lagu ini kerana ia sebuah lagu yang bagus, tapi muzik videonya itu memang tidak sesuai untuk tontonan semua terutama generasi muda," katanya.


Menurutnya, Irama pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memberikan promosi percuma kepada usahawan itu.


"Dah tentulah ada keuntungan terhadap Aliff. Tapi kami didesak oleh orang ramai serta ahli-ahli sendiri yang tidak mahu perkara ini berleluasa.


"Gelagat Aliff dan lima penari yang berpakaian baju Melayu ketat terkinja-kinja juga dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum selain merosakkan nilai dan tradisi baju Melayu.


"Kami mahu KKD bertindak terhadap usahawan kontroversi itu selain menyekat lagu dan video terbabit daripada disiarkan.


"Tindakan Aliff Syukri menyalahi undang-undang. Muzik video ini bukan saja pakaiannya menghina baju Melayu, malah ia juga tidak sesuai dipertontonkan terutama dalam bulan yang mulia ini," katanya.


Ayob turut kesal dengan kenyataan Aliff mempertahankan konsep muzik video Cak Kun Cak Raya sebagai sekadar seni dan hiburan.


"Baginya dia bukan berbogel atau beraksi seksi dan tidak melihat wujud isu pun pada MV terbabit. Tapi bagi kami perlakuannya sangat keterlaluan," jelas Ayob.


Terdahulu, tahun lalu, Aliff turut menimbulkan isu yang sama apabila muzik video berjudul Kelepok Raya nyanyiannya turut mengundang kontroversi sehingga mendapat kecaman ramai.


Muzik terbabit menampilkan sekumpulan penari lelaki yang berperwatakan lembut selain wajah mereka turut disolek.


Disebabkan itu, Aliff dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung klip muzik video terbabit, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Sumber: HARIAN METRO

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum release dah cash, padan muka.



To bonda penunggu hutan dan tinshit. Sedarlah laki dan anak korang tu pondan, biarlah dia berdrag kat rumah dan pakai baju kurung untuk raya ni. Tak nampak ke dia tengah cuba nak keluar dari closet tapi masih tersipu takut dek kerna isteri dan mak yang alim warak. Yih!
Jadi dia keluarkan MV ni sebagai alasan untuk dia memondan senyap2.

Lumrah dan habitat anak dan laki mu tu menonggeng sambil menanti di tusuk nok. Bukannya korang yang di tusuk. Itu yang jadi macamni bila jiwa memberontak terpaksa berlakon dek paksaan orang sekeliling.



Senang sumbat jah kri tu ke dalam rumah si bainun tu biar dia siram si kri pakai air coway panas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 12:44 AM | Show all posts
dok mengata indon itu indon ini…  sekali nahhhhhhh, makin ramai nurtizen meleysia buat hal yang sama…  hahaha…
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
He should migrate to Amerika lah...boleh menyanyi menari melentok lentok dengan dengan underwear tight sampai pengsan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 5-4-2023 12:21 AM
He should migrate to Amerika lah...boleh menyanyi menari melentok lentok dengan dengan underwear tig ...

xyah jejauh. Pi duduk dgn Bang Jad.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 09:02 AM | Show all posts
mesti dia bangga kann...

bangga sgt sbb lagu dia viral...
sbb itu mmg target dia kannn....

bebas skrg berkreativi.. keluar dari lemari..
cari geng2 yang sama2 sesuatu...
berkumpul dgn adik2...

tapi coverina dgn bapak 6 org anak gitu kann...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.567487 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list