CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4056|Reply: 4

'Dia Kelihatan Ada Psiko Sikit' - Lelaki Tabur Paku Bukan Geng Tarik Kereta

[Copy link]
Post time 4-4-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Polis mengesahkan lelaki yang menabur paku di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, minggu lalu tiada kaitan dengan aktiviti menunda kenderaan.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pemandu berusia 45 tahun itu hanya berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan khianat berkenaan.




mykmu.net





"Dia bukan mekanik, bukan juga bersekongkol dengan geng tarik kereta. Dia kelihatan ada psiko sedikit kerana pengaruh dadah.


"Motif pelaku, hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah. Ujian air kencing dilakukan mendapati lelaki itu positif," katanya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.


Beliau berkata, kes itu selesai dengan penahanan lelaki tersebut pada Sabtu selepas lima jam video kejadian tular di media sosial.


Sebelum ini polis memaklumkan sedang mengesan pemandu kereta jenis Nissan Almera yang dirakam membuang paku dari tingkap kenderaannya di jalan raya.


Video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain itu tular di media sosial dan mendapat kecaman warga maya.


Polis juga menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.


Dalam perkembangan lain, Mohd Yusri berkata, Kontinjen Perak berjaya mengutip lebih RM1.83 juta menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena Sambutan Hari Polis ke-216 Mac lalu.


Katanya, kutipan sepanjang 12 hari bermula 20 Mac itu telah meletakkan negeri ini berada di tempat kedua tertinggi berbanding kontinjen lain.


"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mencatatkan kutipan tertinggi RM391,000 diikuti IPD Manjung (RM213,310) dan IPD Taiping (RM199,190)," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 01:08 PM | Show all posts
buat 'pagar' utk halang hantu setan sihir di atas jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah, alasan tak logik. Cer kalau orang melayu yg tabur paku, terus jadi berniat. Jalan ni aku pun, tayar kereta mak aku pernah kena paku. Sebelum simpang tu, ada 2-3 bijik kedai tayar kereta. Depan sikit, pun ada kedai tayar
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 01:19 PM | Show all posts
pnh tolak moto sbb tayar pecah masa lalu jln dr equine seri kembangan ke bangi
yg kt selekoh tu     
patah balik nk hntr ke bengkel tu sepanjang2 jln tu jumpa bersepah paku2 pecik dlm 1 inci
jenuh kutip ye

mmg trapped la area situ
hati2 la korg2 yg lalu situ
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 01:26 PM | Show all posts
senang jer alasan ckp OKU otak...sebab ambik dadah....
memang le bukan geng2 tarik kereta...
ini semua geng2 bengkel......

puiii ler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.501172 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list