View: 7675|Reply: 42
|
Takut Tak Ikhlas, Awal Tak Nak Paksa Scha Bertudung
[Copy link]
|
|
Sebagai suami, Awal Ashaari menyokong apa sahaja keputusan dilakukan isterinya, Scha Alyahya terutama sekali dalam soal penghijrahan.
Setelah pulang dari Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah, selebriti terkenal Scha Alyahya dilihat sering tampil dengan imej bertudung, terutama demi melunaskan komitmen sebagai model beberapa jenama pakaian.
Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Ahmad Awaluddin Ashaari itu mengakui tidak memaksa isterinya melakukan perubahan terutama sekali mengenai penghijrahan.
IG
“Tidak dinafikan apabila Scha memakai tudung kelihatan lebih manis dan ayu. Sebagai suami saya hanya mendoakan yang terbaik.
“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan.
“Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” kata Awal kepada HibGlam.
Berkongsi lanjut, bekas pengacara Melodi itu mendedahkan, sebelum ini Scha banyak menerima tawaran sebagai model bertudung tetapi menolak kerana masih belum bersedia.
Selepas pulang daripada mengerjakan umrah, Awal bersyukur pasangannya itu lebih terbuka dan sudah menerima tawaran-tawaran model berhijab.
“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.
“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” ujarnya.
“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan.
“Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung. Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah,” jelas aktor itu.
IG
Dalam pada itu, Awal akui bukan tidak mahu memaksa Scha dalam melakukan penghijrahan tetapi dia yakin perubahan tersebut akan datang dengan sendiri.
Jika secara paksaan, Awal yang kini bergelar pemilik kedai The Great Coffee itu percaya bahawa perubahan tersebut hanya bersifat sementara kerana dilakukan tanpa keikhlasan.
“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.
“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” jelas bapa kepada dua anak itu.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tutup aurat hukumnya wajib. jadi wajib di paksa . sama cam solat . Solat wajib , jadi paksa lah diri anda utk solat. Ikhlas x iklas lain cerita . Janji x berdosa ...hishhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut ko la nyah, sebab korang dua dah sendu dah pun. Hakak pun hampir lupa kewujudan korang berdua. Dengan anak2 sekali sendu. Kalau tidak dulu kemain acik2 porum mengidolatkan dan compare dengan anak suku kokesen kokdiang tu.
Kalau keluar berita pun pasal rosakkan pagar jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
UMMI_MAI replied at 4-4-2023 01:30 PM
tutup aurat hukumnya wajib. jadi wajib di paksa . sama cam solat . Solat wajib , jadi paksa lah diri ...
Semua wajib mcammmtuhh! Pada aku ikut sukahati lah, takyah nak paksa. Asalkan kau tau batas, tak sexy2. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup aurat tu wajibb. Brenda wajib memang kena paksa |
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa lah awal... Kat akhirat nanti jawab laa cam tu bila Allah tanya. Kau kan celebriti, tentu boleh jawab punya, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je la awalina yg nak pakai tudung. Awalina kan pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Berani tak nak jawap depan Allah gitu? Masa tu semua akan salahkan satu sama lain… anak2 salahkan ibu ayah, isteri salahkan suami napa tak bimbing masa kat dunia, semua nak selamatkan diri masing2 sbb tak nak kena humban dalam neraka… takutnya nak membayangkan pun takut… even aku ada baca kawan2 kita yg non muslim pun akan salahkan kita napa tak beritahu diaorg masa kat dunia ttg Islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kali guna sbg suami..sbg suami....harap isteri saya blablabla...pusing2 je ayat dia.
Panjang lebar bg statement. Sepatutnya isu mcm ni jawab no komen je dah. Tak payah ckp lebih2.
Dan boleh tak retis2 ni stop guna penghijrahan.
Sbb yg konon "berhijrah" tu hanya pakai tudung je.
Lepas tu korang laki bini masih jadi artis jugak duduk dlm dunia hiburan. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha jawapan pun gerimis mengundang sgt |
|
|
|
|
|
|
|
UMMI_MAI replied at 4-4-2023 12:30 PM
tutup aurat hukumnya wajib. jadi wajib di paksa . sama cam solat . Solat wajib , jadi paksa lah diri ...
semua tu kalau ya pun adalah dosa peribadi. Biarlah dia. Ramai je manusia islam dlm dunia xsolat xtotop ghambot. |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 4-4-2023 03:51 PM
Berani tak nak jawap depan Allah gitu? Masa tu semua akan salahkan satu sama lain… anak2 salahkan i ...
Lol keadaan di sana bukan mcm dunia yo. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen dan polis aurat berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seripahzeripah at 5-4-2023 12:14 AM
LadyCarefree replied at 4-4-2023 11:25 PM
semua tu kalau ya pun adalah dosa peribadi. Biarlah dia. Ramai je manusia islam dlm dunia xsolat x ...
Ataupun totop rambut balut badan..tapi solat nan hado..yg tak tutup aurat tu la pulak kekadang solat awal waktu..tahajud ditengah malam..
Iols paling menyampah kalau org judge seseorang berdasarkan cara totop aurat...yihhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
seripahzeripah replied at 4-4-2023 11:11 PM
Ataupun totop rambut balut badan..tapi solat nan hado..yg tak tutup aurat tu la pulak kekadang sol ...
sama2 kita beryihhhhh LOLLLLL |
|
|
|
|
|
|
|
Khennn... atau bertotop mcm ninja tapi mulut puaka yaamat. Yihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 4-4-2023 11:25 PM
semua tu kalau ya pun adalah dosa peribadi. Biarlah dia. Ramai je manusia islam dlm dunia xsolat x ...
tgk pesalah dera anak sampai mati kt buletin utama tv3. janji bertudung. gituh |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah la scha pakai tudung...nak jugak ade retis2 yg free hair...gituhh ai hasut |
|
|
|
|
|
|
|
adeqbun replied at 5-4-2023 05:33 AM
Xyah la scha pakai tudung...nak jugak ade retis2 yg free hair...gituhh ai hasut
Tu la. Scha molek tak totop ghambot. Dia pun bukannya pakai mencolok mata. |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 5-4-2023 05:28 AM
tgk pesalah dera anak sampai mati kt buletin utama tv3. janji bertudung. gituh
Aduh. Memang pakaian tak guarantee perangai dan hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|