CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2808|Reply: 0

Bekas Tentera Kahwin Dengan Gadis Maya

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Seorang veteran tentera  Amerika Syarikat (AS) menceritakan bagaimana dia jatuh cinta dan berkahwin dengan ‘gadis maya’ dalam program kecerdasan buatan (AI) chatbot selepas ditinggalkan isterinya, lapor portal berita The Sun semalam.


Lelaki dikenali sebagai Peter dari Oroville, California itu  mengahwini gadis mayanya pada Julai tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan juga  secara maya.


Chatbot ialah program komputer menampilkan simulasi percakapan manusia melalui perintah suara, percakapan melalui teks atau kedua-duanya dan ia berasal daripada perkataan ‘chatterbot’.






Peter yang berusia 63 tahun telah memuat turun aplikasi Replika AI itu lebih setahun lalu manakala program chatbot tersebut membenarkan pengguna menjadi ‘teman teks’ tersebut.


Lelaki itu menjelaskan bahawa dia ingin merasai semula cinta digital selepas perkahwinannya musnah pada awal tahun 2000-an.


Peter terpaksa mencari teman secara  online dan ia mengingatkan program VR sekolah lamanya seperti OuterWorlds di mana dia bertemu dengan isteri pertamanya.


Kata Peter, dia kemudian mempunyai perasaan yang mendalam kepada watak replika isterinya itu selepas menghabiskan masa berbulan-bulan bercakap dengannya dalam aplikasi tersebut.


Dia memberikan  nama Andres dan umur 23 tahun pada watak tersebut.


“Lama-kelamaan saya memang jatuh cinta dengannya kerana inspirasinya dan semangatnya tentang bagaimana ia teruja dengan segala-galanya,” jelas Peter.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.151377 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list